Shuib Akui Tidak Sambut Hari Jadi Sejak Pemergian Siti Sarah – “Anak-Anak Pun Faham”

Hiburan

Shuib Akui Tidak Sambut Hari Jadi Sejak Pemergian Siti Sarah – “Anak-Anak Pun Faham”

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, mengakui sudah empat tahun tidak meraikan ulang tahun kelahirannya. Satu-satunya pengecualian hanyalah baru-baru ini apabila keluarganya mengadakan kejutan kecil di sebuah restoran di Shah Alam.

Menurut Shuib, keputusan itu dibuat selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. Katanya, arwah adalah insan paling teruja menyambut hari lahir, sama ada untuk dirinya, anak-anak mahupun ahli keluarga lain. Malah, mereka sering menggabungkan sambutan kerana tarikh lahir hanya berselang tiga hari.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wiwie Daunah (@wiwie.daunah)

Menurut Murai, ujarnya,

Biasanya Sarah akan cakap, ‘kita satukan saja birthday kita, awak 12 September, saya 15 September.’ Jadi bila dia tiada, saya rasa tak perlu lagi sambut. Anak-anak pun faham.

Sejak itu, Shuib berpesan kepada keluarga dan rakan terdekat agar tidak meraikan ulang tahunnya. Baginya, tarikh berkenaan kini hanya hari biasa tanpa sebarang makna besar.

Namun, Shuib tetap meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak kerana mahu mereka terus merasai kegembiraan serta kasih sayang seperti ketika arwah ibu mereka masih ada. Bagi Shuib, walaupun masa berlalu, kenangan bersama Siti Sarah akan kekal segar dalam hidupnya, dan memilih untuk tidak menyambut hari lahir sendiri adalah caranya menghormati memori tersebut.

shuib bubble beee
2025-07-29 16:44:18

Netizen Tertanya-Tanya Status Cawangan Bubblebee Milik Shuib - "Semua Sudah Ditutup?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...