Shuib Akui ‘Sangkut’ Bayar KWSP Pekerja Bubblebee, Kewangan Disalah Urus

Hiburan

Shuib Akui ‘Sangkut’ Bayar KWSP Pekerja Bubblebee, Kewangan Disalah Urus

Pelawak dan usahawan, Shuib mengakui syarikat francais minuman yang diusahakannya selama ini mempunyai masalah untuk membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang ditularkan oleh seorang individu baru-baru ini.

Ujar Shuib, dia walau bagaimanapun menafikan syarikatnya langsung tidak membayar wang caruman tersebut kepada para pekerja mereka.

Advertisement

Jelasnya lagi, pihaknya telah berbincang dengan agensi itu dan bersetuju untuk membayar caruman secara ansuran selepas syarikat mereka mengalami masalah pengurusan kewangan.

Saya akui, benar Bubble Bee ada sangkut bayar KWSP. Cuma saya mahu buat pencerahan, apabila surat layang itu dikeluarkan, seolah-olah kami langsung tidak tahu tentang KWSP kakitangan kami.

Saya nak beritahu, bermula awal tahun 2023, kami telah berhubung dengan KWSP dan maklumkan mengenai situasi kewangan kami. Tunggakan tersebut, kami tidak boleh bayar sekaligus. Jadi kami buat rundingan untuk bayar secara ansuran.

Tambah Shuib, dia mengalami fasa jatuh dan naik bersama syarikat minumannya itu dan merasakan Bubble Bee disalah urus daripada segi kewangan.

Surat terbuka shuibSumber : TikTok  

Bila disalah urus, banyak benda jadi kelam kabut. Itu yang berlaku sehinggalah pada November 2022, saya bersama rakan kongsi mengambil alih semuanya termasuk pengurusan kewangan.

Sepanjang 3 tahun beroperasi, kami tidak pernah tidak membayar gaji pekerja. Kalau sampai orang kata saya bermewah-mewah, takkan saya nak beritahu berapa banyak duit saya keluarkan.

Shuib juga memohon maaf kepada mereka yang terjejas dan berjanji akan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin bagi mengelakkan timbulnya salah faham.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib
1 year ago

"Slip Gaji Ditolak Tapi i-Akaun Takde Transaksi. Mana Pergi Duit Tu?" - Syarikat Shuib Didakwa Culas Bayar Caruman KWSP Staf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...