Pelawak, Shuib akui dia turut sebak semasa melihat persembahan penyanyi Marsha Milan yang membawa lagu Hening Rindu pada malam Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata dia terkenang kembali momen arwah Siti Sarah yang membuat persembahan pada AJL33.
Saya pun nak nangis daripada mula Marsha nyanyi sebab saya teringat sesuatu tentang pentas tu.
Saya pernah datang Axia Arena ketika AJL33. Pentas dan konsep malam tu sama dengan Sarah dulu.
Sarah pakai baju putih ketika itu dan Marsha pakai baju hitam. Tapi suasana itu sama.
Shuib turut berkata anaknya, Thalita yang dilihat tidak dapat menahan sebak berkemungkinan kerana lirik lagu tersebut.
Mungkin dia teringat Sarah. Sebab ini adalah pengalaman pertama kali Thalita hadir ke pentas AJL.
Boleh jadi juga disebabkan lirik yang dihayatinya.
@hotfm976_ Shuib pun nak nangis bila Marsha menyanyi tadi, teringatkan stage arwah Siti Sarah masa menyanyi di AJL sebelum ni 🥺 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa ♬ original sound – Hot FM
Walau bagaimanapun, Thalita atau nama lengkapnya Dzahira Thalita Zahra tidak menyatakan punca sebenar dia menangis pada ketika itu.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.