Memetik Xtra, bapa saudara kepada pelakon Hafidz Roshdi yang juga pengurus peribadi pelakon itu ada memuat naik satu hantaran berhubung keadaan terkini Hafidz dan keluarganya mengenai tragedi rumah tangga yang menimpa anak saudaranya itu baru-baru ini.
Maklum Adlan, dia mewakili keluarga Hafidz Roshdi ingin menegakkan keadilan dan mencari kebenaran di sebalik peristiwa tersebut.
Tulisnya lagi, Hafidz dan ahli keluarganya mendapat kesan dari segi keselamatan dan kesihatan yang didakwa semakin merudum akibat dari isu itu selain menganggap tragedi berkenaan sebagai satu iktibar buat mereka.
Semoga kisah hitam di antaran Hafidz Roshdi dan Shuhada menjadi iktibar kita semua. Saya Adlan mewakili Hafidz Roshdi dan keluarga akan bangkit demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
Kesan dari fitnah demi fitnah telah melumpuhkan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan mangsa iaitu Hafidz Roshdi dan keluarga. Maka, saya terpaksa meluangkan masa dan tindakan bagi memulihkan..
Jelasnya lagi, terdapat beberapa usaha berupa pesanan telah diberikan kepada Shuhada mengenai isu itu namun tidak diendahkan dan wanita itu dikatakan masih berdegil.
Pelbagai nasihat dan pesanan dari pihak HR dengan pelbagai cara tetapi pihak Shuhada masih berdegil dan tidak berhenti dengan niat..
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam tidak lama kemudian dan digantikan dengan satu ‘posting’ terbaru berupa ucapan salam.
Dalam hantaran terbaru itu, Adlan memohon agar orang ramai di luar sana untuk menghormati kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan Hafidz Roshdi serta keluarganya.
Dia juga meminta agar netizen di luar sana memberhentikan segala kecaman terhadap anak saudaranya itu secara terbuka mahupun menghantar mesej secara peribadi.