Shuhada Kongsi Sebab Enggan Balas Tumbukan Hafidz Roshdi Kerana Bimbang Maut Dicekik

Kehidupan

Shuhada Kongsi Sebab Enggan Balas Tumbukan Hafidz Roshdi Kerana Bimbang Maut Dicekik

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada berkongsi sebab dia tidak membalas tumbukan sebanyak tiga kali yang diberikan aktor itu sewaktu krisis rumah tangga mereka hangat diperkatakan.

Dalam nada berseloroh, Shuhada memaklumkan dia tidak membalas serangan Hafidz kerana bimbang jika keselamatan serta nyawanya terancam.

Advertisement

Kenapa saya tidak tumbuk dia semula? Nanti kalau saya tumbuk dia balik, kemudian dia cekik saya lepas tu mati nanti macam mana?

Shuhada berkongsi perkara itu ketika ditanyakan peminat sewaktu dia melakukan siaran langsung promosi produk kecantikan jualannya di media sosial.

Dia juga berkongsi keadaan parut serta masalah kulit yang dihadapinya setelah insiden itu.

Kalian tanya bagaimana boleh jadi seperti itu? Malas saya hendak cerita sebab kalian tahu yang saya kena tumbuk. Itulah kesan yang dapat dilihat.

Terdahulu, wanita itu dilaporkan telah ditumbuk sebanyak tiga kali oleh Hafidz Roshdi sehingga menyebabkan luka, lebam dan bengkak.

Hafidz walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tindakan itu. Kes masih dalam perbicaraan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuhada Shukri akui hidup lebih baik
4 months ago

"Allah Berikan Saya Kualiti Hidup Yang Lebih Baik" - Nurul Shuhada Sambung Pengajian, Kini Menetap Di Australia Bersama Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...