Shuhada Dedah Hafidz Dah 6 Bulan Tak Jumpa Anak – “Harap Kes Mahkamah Selesai Cepat, Duit Nak Pakai Untuk Sekolah Anak”

Hiburan

Shuhada Dedah Hafidz Dah 6 Bulan Tak Jumpa Anak – “Harap Kes Mahkamah Selesai Cepat, Duit Nak Pakai Untuk Sekolah Anak”

Bekas isteri kepada aktor Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri berharap agar kes mahkamah dapat diselesaikan secepat mungkin dan bekas suaminya itu memberikan kerjasama yang baik dalam mengikuti prosedur undang-undang yang telah ditetapkan.

Malah, Shu mendakwa Hafidz seolah-olah tidak mempedulikan anak-anaknya yang kini menetap di Perlis.

Advertisement

Hafidz Roshdi dah hampir 6 bulan tak jenguk anak

Kali terakhir dia datang jumpa anak-anak pada Ogos tahun lalu. Malah sebutan baharu kes hak penjagaan (hadanah) pada 23 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor sebelum ini juga dia tidak hadir.

Saya pun tak tahu apa yang dia nak. Sekarang dia sudah kembali mendirikan rumah tangga, jadi mungkin buat apa dia nak fikir mengenai semua ini.

Harap kes mahkamah selesai secepat mungkin

Tambah ibu tunggal kepada dua orang anak itu, semakin lama kes berlangsung di mahkamah, semakin banyak duit terpaksa dikeluarkan bagi membayar kos-kos guaman.

Saya harap dia percepatkan segala kes yang berlangsung kerana lagi banyak kes di mahkamah lagi banyak duit keluar.

Sekurang-kurangnya duit yang terpaksa dikeluarkan untuk proses di mahkamah boleh saya gunakan untuk anak-anak yang makin membesar dan bayaran sekolah mereka,

Maklumnya lagi, dia kini berada dalam fasa membahagiakan anak-anaknya kerana tidak sanggup melihat mereka bersedih di atas apa yang berlaku.

“Apa yang berlaku selama ini saya turut menyalahkan diri sendiri sehingga emosi anak-anak terganggu. Saya pun tak sanggup melihat anak-anak yang semakin membesar terus sedih dengan apa yang berlaku. Saya nak lihat mereka gembira dengan kehidupan di sekeliling selain nak nikmati hidup bersama-sama,” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

11 months ago

"Sengaja Nak Lambat-Lambat, Biasa Dah.." - Tidak Hadir Perbicaraan Kerana Faktor Kesihatan, Hafidz Roshdi Diperli Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...