Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Dah Lafaz Cerai Dua Kali – “Satu Di Whatsapp, Satu Perbualan Telefon”

Hiburan

Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Dah Lafaz Cerai Dua Kali – “Satu Di Whatsapp, Satu Perbualan Telefon”

Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini tampil dengan sebutan baru di mana dia mendakwa aktor itu pernah melafazkan cerai lebih awal iaitu Januari lalu menerusi mesej di aplikasi Whatsapp.

Peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihak defendan ada membuat tuntutan balas tentang satu lagi talak dilafazkannya pada 22 Januari lepas.

Advertisement

Pihak defendan mendakwa ada satu lagi talak dilafazkan Hafidz. Jadi, biarlah mahkamah tentukan. Jadi, kami akan memasukkan jawapan dan pembelaan kepada tuntutan ini. Sebelum ini, pihak defendan tidak menyatakan tuntutan yang dilafazkan pada 22 Januari lalu.”

Dalam pada itu, aktor berusia 29 tahun tersebut memaklumkan dia tidak berkomunikasi dengan Shuhada bagi mengikut arahan mahkamah dan juga sudah tiga minggu tidak berjumpa anak-anaknya.

Saya diminta untuk tidak mengganggu pihak Shuhada dan mengambil keputusan untuk tidak berkomunikasi. Tentang jumpa anak, itu urusan antara peguam saya dan Shuhada. Sudah tiga minggu saya tidak bertemu dan hanya berkomunikasi menerusi panggilan video.”

Hafidz Roshdi hospital bahagia
1 year ago

Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia Untuk Jalani Rawatan Psikiatri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...