Shuhada Dakwa Hafidz Masih ‘Contact’ Athira – “Ada Saksi Nampak Diorang Dekat Bazar Ramadan”

Hiburan

Shuhada Dakwa Hafidz Masih ‘Contact’ Athira – “Ada Saksi Nampak Diorang Dekat Bazar Ramadan”

Isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dia telah menerima mesej daripada pengguna Instagram yang memaklumkan ternampak kelibat suaminya bersama wanita yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka, Athira Yuhada.

Menurut laporan Harian Metro, Shuhada dan peguamnya turut menyiasat perkongsian tersebut bagi menyokong tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka berdua.

Advertisement

Maaf saya tak boleh bercakap banyak pasal isu ni. Cuma tak dinafikan saya ada terima dm ada orang nampak kelibat diorang di bazar Ramadan.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, keberadaan mereka bersama membuktikan mereka masih berhubung.

Malah, Shuhada turut mengesahkan bahawa dia ada menerima tuntutan saman fitnah melalui surat peguam Athira.

Peguam saya telah balas surat tersebut, kami juga akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Menerusi hantaran di laman Instagram, usahawan biskut Satu Tak Cukup itu berkata saman yang diterima itu ibarat ujian yang bertubi-tubi menimpa dia dan anak-anak.

Seharian saya susah hati sebab belum pernah ada pengalaman ke mahkamah.

Bukan itu sahaja, Shuhada turut meluahkan rasa gementar memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dituntut oleh Athira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Athira Yuhada Saman Shuhada, Netizen Label 'Tak Tahu Malu' - "Jahatnya Penyondol, Dia Pula Acah Tersakiti"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...