Bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Shukri menerima teguran ramai pengikutnya di Instagram selepas memuat naik satu video, semalam.
Video tersebut mempamerkan Shu seolah-olah menyanyikan lagu ‘Ku Menangis’ dengan point of view respon lelaki sekiranya wanita dibenarkan berkahwin empat.
View this post on Instagram
Sudahlan lirik pun tidak hafal, Shu turut dikritik kerana membuat konten ‘murahan’ sebegitu kerana ia seolah-olah menunjukkan dia masih belum move on dan tidak habis habis mahu memerli pihak di sana.
Rata-ratanya menegur Shu kerana konten itu seperti mempermainkan hukum agama Islam yang tidak membenarkan wanita berkahwin ramai.
Tak lawak pun Shu. Lebih baik tak perlu buat konten sebegini.
Dalam pada itu, segelintir individu mencadangkan agar Shu lebih fokus untuk membuat konten yang bermanfaat daripada video tanpa faedah seperti yang dimuat naik olehnya itu.