Showcase Urusan Aizat Amdan Memang Fantastik!!!

Hiburan

Showcase Urusan Aizat Amdan Memang Fantastik!!!

showcase urusan aizat amdan

Sabtu lalu, Abang Nara telah berjaya meloloskan diri untuk ke showcase urusan Aizat Amdan di Auditorium Bentley, Kota Damansara. Sebelum konsert bermula, sempat jugak berborak-borak dengan orang kuat showcase ini. Katanya pihak pengurusan sangat terkejut konsert showcase ini habis dijual macam goreng pisang panas. Dan buat peminat Aizat yang lain, jangan risau sebab dengar ceritanya bakal ada showcase yang lebih besar selepas ini.

Advertisement

Dan pendapat Abang Nara terhadap showcase ini satu je. Fantastik, bombastik dan segala “tik” yang lain lah. Sound system terbaik, suasana showcase terbaik. Paling penting, suara Aizat memang terbaik. Sedap gila wei. Rileks ajer Aizat nyanyi 16 buah lagu tanpa berhenti dengan banyaknya. Abang Nara bagi 8 bintang daripada 10 untuk showcase ini.

Antara artis lain yang turut datang ke showcase Aizat ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Noh Hujan dan Mizz Nina. First time Abang Nara dapat tengok Datuk Siti betul-betul depan mata. Memang cun melecun tahap diva. Dan semestinya Datuk K pun hensem jugak. Tabik kepada Datuk Siti yang sanggup datang selepas penat seharian di Bandung.

Buat Aizat, tahniah daripada kami atas kejayaan showcase ini. Semoga anda terus sukses di masa hadapan. All the best.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...