‘Show Off’ Pistol Di Festival Anime, ‘Cosplayer’ Karakter Permainan Video Diburu Polis

Kehidupan

‘Show Off’ Pistol Di Festival Anime, ‘Cosplayer’ Karakter Permainan Video Diburu Polis

Beberapa hari lalu, satu festival animasi diadakan di salah sebuah ‘shopping mall’ di mana peminat-peminat animasi boleh datang sambil berpakaian seperti mana-mana karakter yang diminati.

Namun begitu, malang bagi seorang ‘cosplayer’ apabila tindakannya menjadi salah satu karakter permainan video apabila dia kini menjadi buruan pihak polis.

Advertisement

Dalam satu video TikTok  yang dikongsikan oleh Utusantvofficial, rakaman menunjukkan lelaki yang ber’cosplay’ sebagai ‘Big Smoke‘ dari karakter siri permainan video terkenal yang dikenali sebagai ‘Grand Theft Auto‘ menunjukkan pistol yang diselitkan di seluarnya.

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid satu laporan polis telah dibuat berkenaan dengan video tular tersebut yang dipercayai berlaku ketika penganjuran festival animasi selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mei.

Siasatan berkenaan kes itu dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Mohamad Fakhrudin juga berkata pemilik akaun media sosial yang terbabit dan individu turut dikesan bagi membantu siasatan.

serban
2 years ago

(VIDEO) "Dalam Diam Sebar Dakwah" - Lelaki Berserban Datang 'Anime Fest' Dipuji Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : UtusanTV

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...