Video ini merupakan sebuah karya dari Rewan Ishak untuk Astro My Hometown Channel dan diterbitkan oleh RED FILMS. Filem pendek ini mengisahkan Ali yang ingin menjadi pembikin filem dan dia merasa sesuatu yang tidak kena tentang kehidupan dia lalu dia mengambil langkah untuk pulang ke kampung halaman di Perlis. Dalam perjalanan pulang dia berjumpa dengan Umar Ghazi iaitu seorang pengumpul barangan Vintage yang ingin ke Thailand di situ bermula cerita akan filem pendek Pasport Ekspres.
melalui video ini juga anda akan dapar menikmati keindahan negeri perlis yang sangat jarang diketahui oleh rakyat malaysia. admin sekarang pun menetap di perlis dan masih belajar. Banyak jugak tempat menarik yang admin dah lawati termasuk la Tasik Timah Tasoh.