Kalau diberi pilihan untuk beli barangan atas talian atau beli secara fizikal, mesti ramai yang akan pilih beli atas talian betul tak?
Mana tak nya, bukan saja menjimatkan masa, malah anda boleh menjimatkan wang berbanding beli secara fizikal.
Tapi, mesti ramai yang tertanya, kenapa duit lagi banyak keluar walaupun beli secara atas talian betul tak? Jangan risau, jom kami kongsi 5 tips urus kewangan dengan lebih cermat ketika beli secara atas talian!
1. Guna Kupon atau Baucar
Bila anda nak beli barangan atas talian, benda pertama yang anda perlu tengok dulu adalah Kupon atau Baucar sebab ia disediakan oleh penjual bertujuan untuk menggalakkan lagi pembeli untuk berbelanja.
Jadi, sebagai pengguna yang bijak, anda wajib tebus kupon atau baucar ini sebelum berbelanja. Barulah lebih jimat!
2. Bandingkan Harga Barangan
Selain itu, sebelum anda decide untuk beli barangan atas talian, anda perlu buat perbandingan harga terlebih dahulu sebab adakalanya ada barangan yang sama dijual tetapi mempunyai perbezaan harga yang ketara.
Jadi, survey harga dulu sebelum beli okay? Takut anda menyesal pula nanti!
3. Baca Review Barangan Sebelum Beli
Tips penting semasa beli barangan atas talian, anda wajib baca review barangan sebelum membeli!
Bukan apa, takut nanti kalau barangan yang dibeli tu tak memenuhi kehendak anda. Dah membazir betul tak?
4. Berbelanja Mengikut Keperluan
Semestinya anda perlu berbelanja mengikut keperluan dan bukan kemahuan. Serta, anda juga perlu pastikan bajet anda mencukupi. Barulah dapat jimat dengan lebih banyak!
5. Berbelanja Semasa Tempoh Promosi
Tips terakhir dan paling penting! Sebut saja promosi, confirm la semua orang tak keruan betul tak? Mana tak nya, kadang-kadang promosi yang penjual tawarkan pun tak masuk akal tau!
Contohnya, ada promosi potongan sehingga 90%, beli 1 percuma 3 dan macam-macam lagi! Jadi, rugi sangat kalau anda tak beli barangan atas talian semasa tempoh promosi!
Nikmati Penghantaran Percuma, Diskaun 90% & Hadiah Lumayan Daripada Shopee Live di 10.10 Festival Shopee Live!
Alang-alang tengah cerita tentang beli barang atas talian ni, kami nak kongsi satu berita best yang anda tak patut lepaskan!
Setiap bulan, mesti anda akan tunggu sesetengah tarikh untuk borong barangan pada harga promosi betul tak?
Haa, untuk Shopee 10.10 akan datang ni, anda wajib stay tuned dengan Shopee Live sebab mereka ada macam-macam jenis tawaran yang sangat BERBALOI tau!
Antaranya, penghantaran PERCUMA tanpa sebarang perbelanjaan. Buat apa bazir duit bayar caj penghantaran kalau anda boleh nikmati penghantaran PERCUMA bersama Shopee betul tak?
Kalau anda tonton siaran langsung Shopee sehingga 13 Oktober, anda boleh menikmati penghantaran percuma TANPA had, dan tanpa perbelanjaan minima. Wah, bestnya!
Nak tahu apa yang lagi best? Anda boleh nikmati potongan harga sehingga 90% ketika menonton Shopee Live tau! Seriuslah?!
Pastikan anda tonton “8PM Shopee Live Hours” pada setiap malam bermula hari ini sehingga 13 Oktober untuk menikmati potongan sehingga 70% yang mana baucar* potongan 70% tersebut akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun anda! Terbaiklah!
*Baucar ini hanya boleh digunakan untuk sebarang produk yang dijual semasa Shopee Live.
Mana potongan 90%?? Haa, ni yang kami nak cerita, pastikan anda set reminder dalam telefon untuk tonton Shopee Live pada 10 Oktober tepat jam 8PM untuk menikmati baucar diskaun 90% tanpa perbelanjaan minima! Biar betul tanpa perbelanjaan minima?!
Psst, cara nak tebus baucar-baucar ni senang saja, anda ikut langkah di bawah:
– Buka aplikasi Shopee
– Pergi pada ruangan bawah dan tekan pada bar “Me”
– Tekan “My Vouchers” dan anda akan nampak terdapat baucar 70% yang boleh digunakan terus
Haa, senang saja kan nak tebus baucar dari Shopee ni? Dah tebus tu, anda boleh lah beli barangan pada potongan 70% semasa “8PM Shopee Live Hours” pada setiap hari!
Tips borong barangan daripada Shopee, pastikan anda tonton Shopee Live pada setiap hari sebab mungkin anda dapat beli pelbagai jenis barangan yang jauh lebih berbaloi!
Tak cukup dengan itu, anda berpeluang untuk memenangi RM10,000 setiap hari kalau anda bermain permainan semasa Shopee Live! Seriuslah?!
Cara nak menang pun senang, anda ikut saja langkah di bawah ini:
– Tebus kod unik dengan KLIK DI SINI
– Pemanggil bertuah akan dipilih secara rawak mengikut format ketika siaran langsung dan pemanggil tersebut perlu menjawab soalan untuk layak ke langkah seterusnya
– Pemanggil kemudian perlu memilih salah satu kotak daripada 6 kotak ditunjukkan yang mana salah satu daripadanya mengandungi hadiah lumayan
– Pemanggil boleh tebus hadiah yang terdapat daripada kotak yang dipilih dengan syarat jawapan yang dijawab adalah betul
Fulamak, macam ni lagi masyuk guys! Bukan setakat dapat beli barangan pada harga promosi, siap dapat hadiah lumayan lagi!
Jadi, kalau anda nak menang hadiah lumayan dan promosi daripada Shopee, jangan lupa tonton Shopee Live pada jam 8 setiap malam!
Tips penting, kongsi kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan supaya peluang untuk menang hadiah lumayan lagi tinggi!
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Shopee atau ikuti media sosial Shopee.