Jika anda selalu membeli barangan secara atas talian atau ‘online’ pastinya pernah sekurang-kurangnya sekali menghadapi masalah barangan lambat sampai atau hilang ketika proses ‘delivery’.
Ada yang ‘diperam’ terlalu lama oleh syarikat penghantaran menjadikan pengguna berasa geram dan berang kerana masalah itu.
1) Bukak website ni > https://t.co/sAKhh2s2qk
2) Click 'ADUAN BARU' & isi details tu macam ni ? pic.twitter.com/cV4A3hJq97
— AS (@anisssurayaaa) May 19, 2022
Namun, adakah anda tahu sebenarnya pengguna boleh membuat aduan jika barang yang dibeli tiba lewat dari masa yang ditetapkan?
Menurut perkongsian oleh seorang pengguna media sosial Twitter ini, anda boleh membuat aduan jika barang tersebut disimpan terlalu lama, hilang mahupun rosak.
Cara-carannya adalah seperti berikut:
1. Buka laman sesawang aduan.skmm.gov.my
2. Tekan ‘Aduan Baru’ dan isi maklumat yang diperlukan.
3. Isi maklumat peribadi anda untuk tindakan lanjut.
4. Tulis maklumat aduan seperti apa masalah yang dihadapi dengan perkhidmatan kurier tersebut.
5. Muat naik bukti seperti tangkap layar ‘tracking number’ ataupun mesej perbualan bersama khidmat pelanggan syarikat kurier terlibat.
6. Hantar aduan!
Ikuti langkah-langkah di atas bagi mendapatkan barang serta hak anda dengan sebaiknya. Selamat mencuba!