ShopeeFood Mulakan Operasi Di Pulau Pinang Dengan Tawaran Menarik

Branded

ShopeeFood Mulakan Operasi Di Pulau Pinang Dengan Tawaran Menarik

ShopeeFood yang sebelum ini memulakan operasi di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru kini meluaskan lagi perkhidmatan di Pulau Pinang.

Ya! Sekarang ni kita dah boleh buat pesanan makanan guna aplikasi Shopee jer. Siapa belum cuba kena cuba sekarang sebab ada banyak promosi menarik tau.

Kehadiran ShopeeFood di Pulau Pinang sangat dinantikan selepas mendapat permintaan yang tinggi di bandar-bandar utama Malaysia.

Jadi, untuk mereka yang tinggal di sekitar Pulau Pinang atau sedang bercuti di sana boleh dapatkan pelbagai sajian daripada peniaga gerai penjaja terkenal, restoran dan banyak lagi. McDonald’s, US Pizza, KFC semua tu mestilah ada juga gais.

shopee

Kami sangat gembira kerana ShopeeFood kini boleh didapati di Pulau Pinang. Perkhidmatan penghantaran makanan kami menawarkan nilai, kepelbagaian dan kemudahan kepada pengguna Shopee. Memandangkan ShopeeFood disepadukan ke dalam aplikasi mudah alih Shopee, pengguna boleh menggunakan dompet mudah alih ShopeePay mereka dengan mudah untuk pengalaman pesanan yang lancar. Pengguna ShopeeFood juga akan teruja untuk mengetahui bahawa kami menawarkan Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum sempena pelancaran ini.

Bagi peniaga ShopeeFood, mereka juga boleh mengakses pangkalan data kami yang besar untuk menjangkau pelanggan baharu. Bagi peniaga yang lebih kecil ini sedikit sebanyak boleh membantu
mereka terutamanya apabila negara kembali kepada aktiviti ekonomi biasa dan restoran fizikal mereka
kini boleh dipaparkan dalam talian untuk meningkatkan jualan. – Kata Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan, ShopeeFood Malaysia.

ShopeeFood Pulau Pinang menyenaraikan sajian dari kawasan utama seperti Georgetown, Ayer Itam, Gelugor, Tanjung Bungah, Bayan Lepas dan Jelutong. Bolehlah pekena Nasi Kandar, Mee Goreng Bos!, Penang Chendul, Pasembor dan banyak lagi dari ShopeeFood jer.

Sehingga 20 Jun ini, pengguna di negeri itu dapat menikmati tawaran hebat dari pengusaha seperti ZUS Coffee, Chatime, Boat Noodle, Yi Ke Shu, dan banyak lagi.

Antara promosi yang ditawarkan ialah:

  • Penghantaran percuma tanpa pembelian minimum.
  • Daily Super Deals dengan diskaun hingga 50%.
  • Potongan harga hingga 30%.
  • Jualan kilat hingga 20% diskaun.

Kalau korang baru jadi pengguna Shopee, boleh guna kod NEWTOFOOD – RM25 untuk dapatkan potongan 99% tanpa perbelanjaan minimum. Bagi pengguna ShopeeFood baharu pula, boleh guna kod sama, NEWTOSFOOD – RM7.

shopee

Pengguna ShopeeFood turut berpeluang memenangi produk eksklusif PerySmith dan baucar ShopeeFood bernilai sehingga RM10,000. Berikut adalah cara untuk sertai Peraduan Pesanan & Menang:

  1. Dari 1 – 30 Jun, belanja minimum RM20 dari mana-mana restoran.
  2. Ikuti Instagram rasmi ShopeeFood (shopeefood_my).
  3. Like & komen ID Pesanan anda di Penang Launch Contest Post.
  4. Selesai! Ulangi langkah di atas, pesan lebih banyak dan dapatkan peluang yang lebih tinggi
    untuk menang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ShopeeFood Malaysia (@shopeefood_my)

Untuk muat turun aplikasi Shopee, klik sini untuk iOSsini untuk Android, dan sini untuk HUAWEI.

shopee
1 year lalu

Lelaki Ini Kongsi Cara Lihat Jumlah Belanja Di Shopee

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Shopee

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...