Shopee Malaysia Mohon Maaf Dijadikan Platform Penjualan Telur Penyu

Kehidupan

Shopee Malaysia Mohon Maaf Dijadikan Platform Penjualan Telur Penyu

Shopee yang merupakan laman membeli belah dalam talian, membuat permohonan maaf kerana telah dijadikan sebagai platform penjualan telur penyu.

Shopee menjelaskan pihaknya terlepas pandang dan telah memadam semua iklan berkaitan penjualan itu dan berjanji akan mengenakan tindakan yang sepatutnya kepada penjual yang mengiklankan telur tersebut.

Advertisement

Pihak Shopee mengetahui perkara itu selepas seorang individu menekankan mengenai isu tersebut di ruangan komen, salah satu post di Facebook rasmi Shopee Malaysia

Kelab aktivis pencinta haiwan ZoologiMY turut menggesa Shopee dan syarikat Penghantaran J&T bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas mengenai perkara ini.

Masih tiada akta menyeluruh.

Ketua Makmal Penyelidikan Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT, Dr Mohd Uzair Rusli berkata walaupun tiada sebarang akta menyeluruh yang mampu menghalang orang ramai daripada memakan telur penyu, namun penjualan secara dalam talian ini akan memberi kesan kepada proses pemuliharaan haiwan marin itu.

Jualan secara dalam talian akan menyebabkan permintaan dan jualan meningkat serta tidak terkawal, yang memungkinkan penjual mencari telur penyu tanpa had.

Penyu kini sukar untuk terus membiak dan menghadapi kepupusan. Dijangka daripada 1,000 anak penyu, hanya seekor yang akan terus membesar.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...