Shoebill atau Abu Markub, Diancam Kepupusan

Trending

Shoebill atau Abu Markub, Diancam Kepupusan

Shoebill, atau dikalangan orang-orang Arab lebih dikenali sebagai Abu Markub yang bermaksud ‘seseorang yang berkasut’ dikenali kerana bentuk paruhnya yang seperti kasut. Haiwan ini mencari  makanan di kawasan berlumpur, serta makan ikan, katak dan reptilia seperti anak buaya.


Seorang jurugambar amatur berusia 51 tahun bernama Mark Kay telah mengambil gambar seekor Abu Markub yang memindahkan seekor itik yang masuk ke ‘wilayah’nya. Pada mulanya Mark menyangka Abu Markub itu mahu makan itik tersebut, tetapi rupa-rupanya ia hanya memindahkannya saja.

Selepas itik itu dijatuhkan ke tanah, ia kelihatan gementar sebelum pergi manakala Abu Markub pergi dari situ like a boss (seperti seorang majikan?).

Sekarang, ada tak yang berminat menamakan anak mereka Abu Markub?

Advertisement

Shoebill telah diiktiraf sebagai spesis terancam, dengan jumlah 5000 – 8000 ekor saja yang masih tinggal di dunia. Lagi 8 gambar Abu Markub dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***










Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...