Written by AbangNara | December 31st, 2013

Jumaat ini, Maharaja Lawak Mega 2013 akan memasuki minggu ke 8. Minggu lalu menyaksikan tersingkirkan kumpulan Say Who yang berasal dari Indonesia. Tiada sebarang kontroversi mengenai penyingkiran ini kerana sepanjang berada di MLM 2013, persembahan kumpulan SayWho sekadar biasa-biasa sahaja. Senang cerita, memang sudah boleh diagak kumpulan SayWho akan terkeluar.
maharaja lawak mega 2013Selain SayWho, kumpulan Wala dan Comey turut tersenarai di “bottom 3”. Daripada pemerhatian Abang Nara, ada 3 peserta yang berkemungkinan untuk menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan-kumpulan itu ialah Shiro, Jambu dan Sepahtu. Berdasarkan prestasi semasa, Abang Nara melihat kumpulan Shiro mempunyai peluang cerah sekiranya berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten.
maharaja lawak mega 2013Persembahan muzikal Shiro minggu lalu sememangnya “power” dan berjaya memecahkan perut Abang Nara. Ketawa tak henti-henti. Chemistry antara Ajak dan Shahrol memang terbaik. Lawak yang disampaikan juga sangat “simple” dan boleh di”relate” oleh penonton. Setakat hari ini, jumlah undian antara Shiro, Sepahtu dan Nabil adalah sama iaitu 25%.
maharaja lawak mega 2013Abang Nara lihat persembahan Shiro setiap minggu memang menunjukkan peningkatan. Namun kumpulan Jambu juga tidak boleh dipandang ringan. Lawak mereka juga hebat walaupun jumlah undian dilihat tidak menyebelahi mereka (sekadar 7%). Sementara itu kumpulan Sepahtu pada minggu lalu mula menunjukkan taringnya selepas beberapa minggu tampil dengan persembahan yang mengecewakan.

maharaja lawak mega 2013

Kumpulan Bocey dan SYJ juga memberikan kejutan dengan persembahan yang konsisten setiap minggu. Nampak gaya seperti Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini memang sengit persaingannya. Namun bagi Abang Nara, pilihan untuk juara ialah Shiro. Abang Nara memang suka dengan lawak mereka. Bagaimana pula dengan anda? Kumpulan manakah yang menjadi pilihan hati? Tuliskan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan pembaca BeautifulNara yang lain.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

92 responses to Shiro Bakal Juara Maharaja Lawak Mega 2013?

  1. Anti Barang Naik says:

    Shiro mmg boleh menang bersasarkan lawak diorang… Tapi kalau dah jari jadi juri…. Tak heranlah kalau yang tak kelakar pun menang….

    • anti jerawat says:

      tengok maharaja lawak bayar elektrik tak mahal ker ??
      saya ni tak tengok pun maharaja lawak sebab nak save elektrik, tengok on9 pun tak sebab nak jimat kos internet… you ni byk pulak duit bayar kos elektrik..abis tu kenapa anti barang naik ?? you kan mampu bayar elektrik utk HIBURAN

      • Dena says:

        Bil letrik umah aku free.. So? Gula beras minyak tu xfree pon? Pasal tu la anti barang naik.. N fyi, x semua org ‘senang’.. Kadang2 yg protes tu x susah mane pun,, cuma nak bantu golongan yg betul2 susah…yg x semua org berani kedepan.. Jgn fikir kocek kita je.. Ade orang kalau dah takdir rezeki die mcm tu, bace buku sampai buta pun blom tentu jadi pandai, blom tentu leh masuk u, kena lg yg btul2 susah…abis mane dtg gaji besarnye?

        Lagipun ni bukan pasal mampu dah..ni dah jadi beban sbb janji lain buat lain.. Dulu ckp xkan ade barang naik la ape, skang? Elok2 org boleh simpan rm50 sebulan, langsung org tu dah xde simpanan..sedangkan yg simpanan yg sedikit tu la utk sakit pening diorang

      • Anti Barang Naik says:

        Sekatilah aku nak letak nama apa pun….
        apsal… nyusahkan ko ke?

  2. Midah Gigi Burok says:

    Saywho Best La Nara Ngok..
    Yang Patut Keluar Adalah WALA…

    Tp Shiro paling Terbaik…
    Sampai Tercabut Gigi Burok i Gelak..

    • milah says:

      ko la ngok, dah minat undi la. padan muke kumpulan ko suka terkeluar. pastu nak ngok kan org plak.

      • gula2 hacks says:

        sapa undi2 artist lagi besau punya ngok!! org bodoh aje yg undi2 ni..dah takde benda bagus lagi kau nak buat selain undi benda2 mengarut? pi bantu org susah dapat pahala..kau undi tu, yg kaya astro..astro tu sapa punya? fikir lah sikit!! otak letak kat lutut!

    • boi says:

      WALA BEST . terima hakikat saywho da out xD

  3. Fatima says:

    lawak shiro kekadang terhegeh- hengeh. tak suker.

  4. Olga says:

    tetap undi Nabil……bukan senang nak berlawak sorang.

  5. Kool says:

    Nabil…pilihan kami

    • Next? says:

      Abang Nara ni macam nak pancing undi untuk Shiro je?
      Apapun Nabil terbaik sebabnya kebolehannya berlawak solo amat sukar dan patut diberi pujian.
      Saya undi Nabil.

      • ZorroKL says:

        shiro lawak kering. tak membawa perubahan. tak layak digelar maharaja.

        • dem says:

          paling menyampah luna maya.. tak fhm langsung komen dia.. tersasar… rugi besar astro.. baik dia panggil pelawak kader & doyok tu yg jadi juri..

        • kikilala says:

          jambu la the best. lawak dia memang original.

          shiro no 2.

          sepahtu kekadang je best..

        • lynn says:

          shiro tu lawaknya bermusim. kadang2 lawak, kadang2 i can keep a straight face. sama juga mcm nabil. tapi sepahtu dan jambu memang best :)

        • Anonymous says:

          lawak shiro sama je tiap2 minggu.. kalau minggu ni shahrul bahan ajak.. minggu lg satu pulak ajak bahan shahrul.. dan mcm tu la seterusnya.. lawak yg tak berkembang.. tak berapa layak nak jadi juara..

        • zanzan says:

          saya suka SYJ, Bocey, Jambu

          sepahtu and shiro lawak dah jd suam2 kuku

        • red says:

          shiro best, jambu, nabil n syj pon ok….bagi aku, sepahtu dah kurang diminati bukan saje sbb lawak yang suam2 kuku je, malah sikap ahli kumpulan terutama jep yang suka memerli n memalukan rahim adalah satu sebab kumpulan dorang nampak x serasi….aku minat jep, tp bila dah selalu sangat menjatuhkan airmuka orang, nampak seolah2 nak menonjolkan diri dia saje…mmg rahim x setanding dorang, tp at least jep kena sembunyikan lah kekurangan tu untuk menjaga nama kumpulan.

        • Anonymous says:

          yg pasti saywho dah keluar meluat aku tengok ke’over”an mereka…sorry to say,aku xbpe suka cara jambu melawak..tp part yg yus tegur dato yusuf haslam nganga 2 mmg kelakar giler kot…masing2 punye kelebihan,n masing2 punye pendapat sndiri…tp aku x undi pn,hehehe…rugi aku jer deme yg kaya..

      • SayWho says:

        shiro who?

      • nlmr says:

        kelakar aku tengok komen yg na berhempas pulas mengundi tu. membazir duit je. hope korang bkn golongan yg bising2 barang naik tu. sbb mengundi ade pulak duitnya. aptb

      • izzy says:

        bg aku ok je.. xde la best sgt..
        cuma x berape berkenan ngan shahrul.. kdg2 over sgt.
        x kisahlah sape pun menang, yg penting yg menang tu kena betul2 kelakar bukan setakat popular je cam musim lepas..
        don’t get me wrong, aku minat JOHAN…

      • Ari2 Berani says:

        SYJ, shiro, jambu, sepahtu, n bocey terbaikkkk…..!!!

      • ainhusna says:

        shiro mempunyai harapan untuk menang

    • Neeolga says:

      Jaapar Onn tak de? :(

    • Miss M says:

      some think shiro menang, some think sepahtu/jambu/bocey/nabil.. pada miss m, semua pun layak je. mereka ada kekuatan mereka sendiri..kadang2 shiro ada jugak minggu yang boring, sama gak say who atau sepahtu, atau semua lah..mungkin lah saywho ni terkeluar sebab lawak dia kurang best minggu lepas. and lagi pun ranking dia las week pun the bottom.

    • susah nak jangka sape bakal juara sbb semuanya lawak n boleh tahan jugak lah
      cuma bermusim je kejap lawak, kejap tak lawak….
      ape2 pon aku adalah pyokong setia kumpulan sepahtu :D
      and aku jugak sokong kepada kumpulan yg lawak, yg mampu buat org gelak

      *** tapi aku x sokong bila sume bende nak naik tp gaji takat tuuuuuuuuu je…~~~

      • gisele says:

        pantang btol org membebel psl gaji takat tu jer..kalau nak gaji naik tiap2 tahun, g keje swasta..better yet, lenkali bila diberi peluang belaja dr muda, blaja betul2 score tinggi2, dpt keje elok..br la x merungut, tiap2 tahun gaji naik..adeih ni jenis x bersyukur dgn ape yg ade!!

        • ish ko nie nak melatah sgt dh knpe?? ko anak menteri pasola ke dok umah mkn tdo jer?? kalo ko stdy tinggi2 ke lngit skalipun tp x taw isu negara (pgjian am) baik ko tarik selimut,diam…
          aku nie yg gaji 4k pun x ckup dngan harge ekonomi yg meningkat naik skang…dgn anak skola,brg dpur,utilities pe sumer…agk kalo ko tdo dlm reban ayam pn ko bsyukur iye x??

      • Miss M says:

        dont bark in here laa gisele.. rara riri ruru also..its a sensitive topic tho.
        gisele, tak semua orang bertuah dapat kerja pangkat tinggi bergaji besar. walaupun belajar tinggi.. kena faham tu..

    • Olga says:

      YANG PALING KELAKAR MESTI LAH KUMPULAN SANTAN YANG ADA FIDA TU,SYG DAH TERKELUAR AWAL HAHAHA

    • dina says:

      Sepahtu!

    • nabil lawak bodoh says:

      tah ape2 je nabil SYJ lg best dpt undi sikit…nabil balik2 buat lawak same je..

    • yayah says:

      suka ngan shiro n jambu..dr dulu lg, lawak diorang kena dgn tema, keadaan semasa dan sgt simple.. sepahtu okey, tp lawak sepatu agak kasar sikit bahasanya.. jambu ni, bhasa diorang sgt bagus..stakat ni, xde lg dengar jambu kluarkan bhasa yg kasar.. dari minggu pertama hingga minggu ke 7, shiro dan jambu hnya bermain di sekitar 3 atau 4 bintang.. sepahtu dah merasa 2 bintang. Nabil lak, dulu dia maharaja..tp sekarang….kering idea..kadang2 jer lucu..
      untuk minggu muzikal, dalam lawak jambu, diorang ade sebut, diorang takkan menang sbb diorang thu ramai org suka nabil dan sepahtu..walau hakikatnya sepahtu dan nabil ada merudum jugak.. walaupun begitu, jambu tetap beri persembahan terbaik. kenapa? sebab calon maharaja akan sentiasa beri yang terbaik walaupun diorang tidak menjadi pilihan ramai. :)