Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Shima Anuar Sah Positif COVID-19

shima anuar

Selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala sejak Jumaat lalu, pelakon Shima Anuar disahkan positif COVID-19.

Meskipun tidak menjadi kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan positif COVID-19 namun keputusan ujian calitan mengesahkan bahawa dia dijangkiti virus tersebut

Advertisement

“Saya tiada kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan positif COVID-19. Cuma, sejak Jumaat lalu, saya mula sesak nafas dan sakit kepala. Saya beritahu suami dan dia menyangka mungkin perut saya kosong dan masuk angin.”

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

Terkejut dengan keputusan yang diterima, suami pelakon itu turut menjalani pemeriksaan namun disahkan bebas daripada virus itu pagi kelmarin.

“Saya jadi tidak keruan dan hilang punca sekejap. Saya asyik memikirkan anak yang turut menjalani ujian calitan pagi tadi.”

Malah Shima tak berhenti berdoa agar anak-anaknya tidak dijangkiti COVID-19 kerana tidak mampu membayangkan keadaan mereka sekiranya ia terjadi.

shima anuar

Wanita itu juga meminta kesemua individu yang mempunyai kontak rapat dengannya sejak minggu lalu agar menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya sedang menunggu perkembangan daripada Kementerian Kesihatan. Sejak semalam, saya mengasingkan diri di bilik dan tidak keluar. Saya tidak mahu memberi risiko kepada orang lain.”

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama