Baru-baru ini, Shima Anuar meluahkan rasa kecewa terhadap pembantu rumahnya yang gagal menjalankan tugas dengan baik apabila mereka dikatakan culas dalam menjaga keselamatan anaknya.
Terbaru, aktres itu tampil membidas dakwaan individu yang mengatakan dia memaksa pembantu rumahnya melakukan kerja di luar bidang selain mengemas.
Maid dia tu serba kerja kena kerah. Bukan takat jaga anak, kemas rumah tapi kena tolong masak untuk bisnes dia. Maybe nak kejar sales punya pasal diorang pun penat. Maid ramai-ramai tu, kira pembantu bisnes juga.
View this post on Instagram
Menerusi Instagram, aktres berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa pembantu rumahnya akan berhenti bekerja pada jam 9 malam meskipun dia perlu meneruskan kerjanya.
Sedapnya mulut orang fitnah saya. Saya bake seorang diri sampai pukul 2 hingga 3 pagi. Pembantu saya pukul 9 dah masuk bilik, bersedia untuk tidur sambil main telefon. Lebih baik diam kalau tidak tahu apa-apa.
Shima menjelaskan perkara tersebut selepas dia dituduh mengerah pembantu rumahnya bukan sahaja melakukan semua kerja di rumah termasuklah dalam urusan perniagaan.