Shila Kecil Lagi Masa Itu, Manalah Tahu Hutang Bapa Dia – Den Wahab

Hiburan

Shila Kecil Lagi Masa Itu, Manalah Tahu Hutang Bapa Dia – Den Wahab

Ya kali ini Den Wahab tampil menjawab sindiran pedas Shila Amzah. Menurut Den Wahab, Shila Amzah masih kecil ketika hutang tersebut dilakukan oleh ayahnya, ND Lala. Untuk makluman, Shila dilahirkan pada tahun 1990, Den Wahab pinjamkan duit pada tahun 2000 iaitu ketika Shila berusia 10 tahun. Memang kecil lagi. Abang Nara masa umur 10 tahun tahu pergi sekolah, balik sekolah, main basikal, lapar makan dan tidur je.

shila dan nd lala

Advertisement

Den Wahab turut mengakui yang dia tak ada bukti ketika memberi hutang kepada ND Lala. Jadi kerana itu, ND Lala berani mencabar dirinya. Kata Den Wahab:-

Biarlah dia nak komen apa pun. Dia bukan tahu hutang bapa dia. Yang penting Allah Maha Mengetahui. Dia masih kecil lagi masa itu, manalah dia tahu hutang bapa dia. Biarlah dia nak kata apa pun. Kalau dia (ND Lala) tak berhutang takkan saya gila pula nak kata dia berhutang secara tiba-tiba.

Sekarang ini pun saya redha saja. Sebab saya tak ada bukti (beri hutang) dia berani cabar begitu. Saya pun dah tak nak fikir sebab sudah berbelas tahun lamanya. Bagi saya kalau dia nak bayar saya terima, kalau tak nak bayar pun saya terima. Cuma sebagai manusia kalau berhutang tetap berhutang namanya.

shila amzah

Kesimpulan yang Abang Nara dapat buat ialah ND Lala, Shila Amzah dan Den Wahab masing-masing pasti tahu sama ada hutang ini wujud atau hanya khayalan semata-mata. Terpulang kepada diri masing-masing. Kalau menipu di dunia ini mungkin lepas, di akhirat nanti tak tahulah kan? Semoga ada keinsafan yang timbul buat mereka yang menipu. Jangan dah nak hujung nyawa baru nak menyesal sudahlah. Tak ada gunanya pulak masa itu.

P.S: Gambar belakang tabir penggambaran filem JAWS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...