Shila Dan Sharnaaz Sekadar Kawan Rapat, Katanya

Hiburan

Shila Dan Sharnaaz Sekadar Kawan Rapat, Katanya

Dah lama kami perhatikan memang banyak gambar berdua hero Bicara Hati yang kacak Sharnaaz Ahmad dengan penyanyi Shila Amzah di Twitter masing-masing. Gambar-gambar tersebut kelihatan mesra, malah Sharnaaz dan Shila turut bergandingan menjalani permaidani merah Anugerah Skrin beberapa minggu lepas. Sudah tentu ada yang bertanya, mungkin ‘sesuatu’ mereka berdua itu? MalaysianDigest melaporkan:-

Saya melihat dia sebagai cermin saya. Saya selesa berkawan dengan dia. Kami giler-giler dan tak reti cover-cover cun. Banyak orang cakap, dah tak payahlah sorok-sorok. Kalau dah bercinta, cakap sajalah. Tapi masalahnya sekarang, kalau nak bercerita soal cinta, kami belum ke tahap itu lagi. Kami sekadar berkawan rapat.

Saya tak faham macam mana boleh timbul cerita ni. Banyak orang salah faham. Sebab setiap kali saya rapat dengan orang ni, kata saya bercinta dengan dia. Bila saya rapat dengan orang itu pulak, pun kata saya bercinta dengan orang tu. Lama-lama nanti, orang cakap saya player pulak.

Advertisement

Shila menambah belum masanya lagi untuk dia memikirkan tentang hal cinta dan segalanya diserahkan pada ketentuan yang Maha Esa. Dia walau bagaimanapun menyasarkan  4 atau 5 tahun lagi untuk berkahwin.

Menjelang Mac tahun depan, Shila akan mengeluarkan album di mana lagu-lagu yang bakal diterbitkan ialah ciptaan beliau sepenuhnya. Perkembangan yang bagus. Boleh jadi singer/songwriter seperti Yuna, Zee Avi dan Aizat! Kredit gambar Twitter Sharnaaz Ahmad.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...