Baru-baru ini, Shila Amzah telah berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan dirinya sedang bersiap-siap untuk ke gimnasium. Perkongsian tersebut telah menimbulkan kontroversi kerana gambar tersebut jelas menunjukkan bahagian badannya disaluti dengan baju ketat.
Berkata kepada Mstar Online, Shila Amzah memberitahu yang dia tidak menyedari gambar tersebut begitu sensitif sehingga menjadi bualan ramai. Kata Shila:-
Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.
Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif.
Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain
Mungkin perkara ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Abang Nara pasti Shila pun sudah belajar daripada kontroversi ini. Di masa hadapan, kenalah lebih berhati-hati. Shila Amzah seorang selebriti dan setiap perbuatannya pasti akan menjadi ikutan dan perhatian orang ramai. Tak gitu?