Shila Amzah Tidak Sertai ABPBH Tahun Ini

Hiburan

Shila Amzah Tidak Sertai ABPBH Tahun Ini

Anugerah Bintang Popular Berita Harian adalah antara anugerah paling berprestij di Malaysia. Setiap keputusan adalah berdasarkan undian yang dihantarkan oleh pembaca suratkhabar tersebut. Setiap tahun juga, ada beberapa selebriti yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai atau menarik diri daripada menyertai anugerah ini. Contohnya tahun lepas Linda Onn telah meminta namanya tidak dicalonkan atas alasan kekalahannya saban tahun boleh menjatuhkan reputasi.

shila amzah

Advertisement

Baru sahaja undian untuk pemilihan Top 5 bermula, Shila Amzah telah pun mengumumkan penarikan dirinya daripada menyertai ABPBH tahun ini. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh penyanyi itu menerusi Hot FM hari ini.

 

 

Adakah kontroversi yang melanda Shila Amzah sehingga diboikot media tempatan menjadi punca penarikan dirinya? Hanya Shila Amzah dan pihak pengurusannya sahaja yang tahu. Diharap Shila Amzah akan muncul kembali untuk ABPBH2015. Rugi rasanya kalau selebriti-selebriti menarik diri daripada anugerah yang berprestij sebegini. Apa pendapat anda?

P.S: Cara menjawab telefon untuk 10 negara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...