Penyanyi, Shila Amzah mengakui dia masih memerlukan ruang dan masa untuk menerima ibu tiri yang juga kawan baiknya.
Walau bagaimanapun, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah memberitahu perkara itu tidak menjejaskan hubungannya bersama bapa iaitu Datuk ND Lala yang juga seorang penyanyi.
Kami (Shila dan ibu tiri) belum pernah berhubung lagi dan saya tak bersedia lagi. Kalau dengan ayah dah tentu berhubung, dia pun selalu hubungi saya.
Hubungan anak beranak pergi mana pun tak akan putus sebab tak melibatkan sesuatu perkara yang teruk sangat hingga membuatkan tak boleh kembali bersama sebagai keluarga.
Saya dan ayah pun akan berbuka puasa bersama pada hujung minggu ini.
Menurut Kosmo! Online, penyanyi itu reda menerima takdir kedua ibu bapanya memilih haluan masing-masing meskipun terkejut dengan pilihan hati bapanya.
Sejujurnya saya okey sebab cinta tak boleh dipaksa, kalau ibu bapa tak bahagia kenapa nak paksa demi anak-anak.
Bagi saya, biarlah masing-masing cari bahagia mereka cuma saya terkejut dengan siapa pilihannya. Itulah suratan dan takdirnya.
Penyanyi itu turut memberitahu dia mempunyai banyak momen bersama ibu tirinya selepas melihat foto kenangan mereka bersama.
Kata Shila, dia menyedari perkara itu ketika dia ingin mencari foto kenangan ketika berada di China dalam galeri album telefon bimbitnya.
Gambar dia masih ada sebab terlalu banyak, saya ada gambar lebih 50,000. Saya nak cari gambar saya di China dan ternampak gambar dengan dia.
Sebelum ini, kecoh dia media sosial mengenai khabar angin mendakwa ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh sudah berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada usianya.
Malah, individu tersebut dipercayai merupakan sahabat Shila sejak dibangku sekolah.