Written by AbangNara | April 24th, 2012

Bukan senang untuk kita yang bergelar manusia ini menerima teguran daripada seseorang. Lebih-lebih lagi kalau teguran itu agak pedas bunyinya. Namun Abang Nara respek dengan Shila Amzah yang menerima kata-kata nasihat daripada Zubir Berita Harian dengan hati terbuka.

shila amzah

Untuk makluman, Zubir menegur kelakuan Shila Amzah dan kekasihnya iaitu Sharnaaz yang berkelakuan terlebih mesra di depan khalayak ramai. Antara kata-kata Zubir ialah:-

Orang lain pun bercinta juga, tapi cool saja. Lebih menjengkelkan, Sharnaaz dan Shila menunjukkan kemesraan itu di depan ibu Shila, walhal kedua-duanya bukan ada ikatan sah sebagai suami isteri, sebaliknya hanya berstatus kekasih sahaja. Zubir perhatikan, ibu Shila seolah-olah merestui anak daranya itu beraksi mesra dengan Sharnaaz. Apalah salahnya sebagai ibu, tegur sikit Shila tu supaya menjaga kelakuan di tempat awam, jangan biarkan orang menyampah dengan gelagat mesra bersama Sharnaaz yang over sangat tue

Kalau anda ingin membaca tulis penuh Zubir, sila cari balik BiPop hari Ahad yang lepas. Memang teguran tersebut agak pedas tetapi ada kebenarannya. Apabila ditanya mengenai teguran ini oleh wartawan Media Hiburan, Shila Amzah menjawab:-

Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius

Baguslah begitu. Mungkin selepas ini boleh cuba kurangkan aksi terlebih mesra di depan khalayak ramai. Shila dan Sharnaaz pun banyak peminat. Tak salah tunjukkan contoh yang baik. Tak gitu?

P.S: Gula-gula zaman sekolah yang klasik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

173 responses to Shila Amzah Terima Teguran Zubir Dengan Hati Terbuka

  1. neelofak lepak lepak lepak lepak says:

    tu la shila…. aku dah cakap jagan pilih laki tu pilih aku je…. tgok org dah kutuk ko dah…. cian mak bapak ko….. xpe2 neelofak ni nak nasihat kan shila je…. jaga hubungan dengan cara islam…. jangan lepas kahwin pegang tangan pon xnak…. hehe

  2. what ever! says:

    peminat2 kt mlaysia ni suggh prihatin..sume nk amik tau…tp lgi better jge la dri sndri n kturunan korang tu elok2 yer,,,mcm korang jer yg terbaik2 n perfect..jge mulut n hati tu..jgn sampai cucu cicit karang sme jer mcm korang…

  3. siot says:

    apa lah korang nie main nama mak ayah doirang…biar lah diorang pya dosa….tu lah sikap melayu kte kerja nak cari salah owng…biar lah hidup diowng…. bukan pakai duit korang pon… apa2 pon akak shila saya memng minat…semoga cepat2 lah khwenn..aminnnnn….jaga tingkahlaku anda..

  4. cik monah says:

    dulu masa diorg mula2 bcinta..ak pn rsa diorg ni over sgt..sebab bnyk gmbar diorg pegang2..n peluk2 pn ada..pdahal baru bncinta kot..artis lain yg bercinta pn x da ak nmpk kerap memeluk2..entah la..smoga jodoh berkekalan..kalu x..sia2 la kau kena peluk dgn lelaki lain..tpi kawin lak dgn lelaki lain..dunia2.