Shila Amzah Tampil Mohon Maaf Isu Diserang Penyanyi Lagenda

Hiburan

Shila Amzah Tampil Mohon Maaf Isu Diserang Penyanyi Lagenda

Pengurus kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Aini Shuhaidah, tampil memohon maaf kepada pihak media selepas artis di bawah jagaan beliau tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden didakwa diserang baru-baru ini.

Menurut Aini, pihak Shila telah menerima nasihat daripada pihak berkuasa untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan buat masa ini.

Advertisement

Assalamualaikum, kepada kawan-kawan media yang mencari Shila Amzah, kami minta maaf kerana Shila tidak dapat memberi sebarang kenyataan malam ini atas nasihat pihak polis.

Dalam kenyataan sama, Aini turut memaklumkan bahawa Shila ingin menghormati pihak penganjur konsert ulang tahun Mr.DIY yang telah bertungkus-lumus menjayakan acara tersebut.

Kami juga mahu menghormati pihak client dan penganjur majlis malam ini. Minta maaf rakan-rakan media, Insya-Allah bila dah ready kita set interview ye.

Terdahulu, Shila Amzah mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang penyanyi legenda semasa sesi ‘sound check’ bagi Konsert Ulang Tahun ke-20 MR.DIY yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Susulan kejadian itu, Shila dilaporkan telah membuat laporan polis dan kes tersebut kini sedang disiasat.

Selain Shila, antara barisan penyanyi yang turut membuat persembahan dalam konsert berkenaan termasuk Datuk Ella, Datuk Awie dan Datuk Amy Search.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azhar sulaiman kasih iris leona
2025-07-11 20:25:11

"Kalau Leona Pakai Tudung Esok, Dia Terus Dapat Pahala.." - Azhar Sulaiman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...