Gembira Abang Nara mendengar perancangan pasangan kekasih, Shila Amzah dan Sharnaz dalam Berita Harian hari ini. Mereka berdua merancang untuk menamatkan zaman solo pada tahun 2014 iaitu kira-kira 2 tahun daripada sekarang. Semoga perancangan yang baik ini akan berjalan dengan lancar.
Kadang-kadang ada pasangan kekasih bila bercinta memang tak ada nak buat perancangan untuk berkahwin. Bagi mereka, bercinta ini sekadar suka-suka je. Siap bertukar-tukar pasangan lagi. At least plan yang dibuat oleh Shila dan Sharnaaz ini menunjukkan betapa seriusnya hubungan percintaan mereka berdua. Tak gitu?
Abang Nara suka dengan kata-kata matang daripada Sharnaaz apabila ditanya mengapa memilih tahun 2014. Kata Sharnaaz:-
Kalau boleh, memang saya mahu mendirikan rumah tangga sebelum usia mencecah angka 30 tahun. Pada waktu itu, usia saya 29 tahun dan Shila pula 24 tahun. Usia itu memang sesuai untuk kami mendirikan rumah tangga. Biarlah dalam tempoh dua tahun ini kami berusaha stabilkan diri terlebih dulu.
Abang Nara sokong sangat-sangat. Sekarang ini kes penceraian pun banyak yang terjadi kerana keadaan ekonomi suami isteri yang tidak stabil. Molek benarlah kalau kuatkan kerjaya. At least ada simpanan untuk masa depan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perancangan Shila dan Sharnaaz ini akan terlaksana tanpa sebarang halangan.