July 30th, 2012

Susah sebenarnya menjadi seorang selebriti. Lagi-lagi kalau anda sedang hangat bercinta dan kisah percintaan anda menjadi perhatian banyak pihak. Mungkin itu yang sedang dialami oleh Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad. Sungguh banyak kritikan dan teguran tentang percintaan mereka berdua yang telah diterima sehingga hari ini.

shila amzah

Semalam menerusi Metro Ahad, Shila Amzah menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang teguran mengenai hubungannya dengan Sharnaaz. Untuk makluman, sebelum ini banyak peminat yang menyatakan rasa tidak senang apabila melihat Shila dan Sharnaaz berpegangan tangan dan beraksi manja di khalayak ramai. Malah, nama ayah Shila iaitu ND Lala turut diheret ke dalam hal ini.
shila amzah

Sedikit petikan kata-kata Shila Amzah di Metro Ahad semalam:-

Saya hairan, kalau di majalah kita lihat ada artis lelaki dan perempuan bergambar jauh lebih teruk aksinya daripada apa yang kami lakukan, tetapi tidak pernah menjadi isu. Berbeza dengan kami yang cuba bersikap jujur dengan memberitahu bahawa kami bercinta tetapi bila dilihat berpegangan tangan, sudah menjadi isu besar.

Shila mengakui yang sebelum ini dia cuba merahsiakan percintaan mereka dengan pura-pura tidak mengenali antara satu sama lain. Namun Sharnaaz mendesak dengan memberitahu sampai bila mereka ingin menyorokkan hal ini.

Perkara ini ditambah dengan sikap Shaanaz yang sangat budiman dan terbuka. Pendiriannya, mengapa mahu sorok perkara benar dan dia sangat jujur dengan hubungan cinta kami. “Pernah juga pergi majlis penganugerahan dia mahu menggenggam tangan, tapi saya cuba tarik kerana bimbang dengan tanggapan orang. Bagaimanapun, Shaanaz menegur, sampai bila saya dan dia mahu berkeadaan begitu. Orang tahu kami bercinta tetapi apabila pergi majlis masing-masing, buat tidak kenal.

shila amzah

Bagi Shila, kalau ingin menegur memang boleh, namun janganlah dikaitkan dengan nama ibu dan ayahnya. Kata Shila:-

Cuma satu perkara yang ingin saya sentuh, sewaktu mereka menegur perkara terbabit dan cuba mengaitkan nama ibu dan ayah saya, adakah mereka terfikir jika perkara sama turut berlaku kepada mereka dan nama ibu bapa mereka turut dikait sama. Apa perasaan mereka ketika itu, adakah sama dengan apa yang saya rasa? “Pada saya, tidak salah jika mereka mahu menegur, tetapi biarlah ia dikaitkan dengan diri saya dan Shaanaz saja. Kerana kesalahan yang mungkin kami lakukan dari pandangan mata mereka itu hanya membabitkan kami. Saya bukan anak kecil manakala Shaanaz berusia 27 tahun, tanpa mengaitkan nama ayah dan ibu, kami boleh terima dan faham teguran yang ingin disampaikan. Rasanya, teguran dibuat tanpa niat mahu menyakitkan hati adalah lebih mulia dan mudah diterima berbanding mempunyai niat mahu menjatuhkan maruah seseorang individu.

Abang Nara rasa teguran-teguran yang diberikan kepada Shila dan Sharnaaz adalah kerana peminat sayangkan mereka berdua. Kalau tak sayang, pastinya peminat pun buat tak tahu sahaja. Lagipun rasanya Shila dilihat sebagai ikon kepada remaja-remaja di luar sana. Jadi kalau boleh jaga tingkah laku semasa bercinta, tentunya lagi molek dan lagi sedap mata memandang. Tak gitu?


108 responses to “Shila Amzah Sedia Terima Teguran Berkaitan Percintaan Dengan Sharnaaz”

  1. cipan says:

    kebodohan dan kejahilan terpamer melalui perkataan dan percakapan – sekian dimaklumkan

  2. Peezah says:

    wahai Para artis sekalian..kalau dah jadi artis pasti berjuta mata memandang,terimalah teguran.kita mesti menjaga nama baik ibu dan bapak pasti kalau anak berlaku tak elok nama bapaknya dan maknya yang disebut.janganlah menjadi contoh yg kurang elok buat peminat remaja sekalian.kalau korang tak over,orang takkan buat issue perkara pegang tangan,aksi manja-manja.kadang-kala kita terlupa dengan tingkah laku kita..zaman artis dulu-dulu bercinta takde pulak kena sound macam sh dan sharhanaz nie..jaga tingkah laku dikhalayak ramai wahai sh dan sharhanaz..jangan disebabkan perkara begini membuatkan org ramai meluat buat kita.

  3. mawarose says:

    mmg x minat langsung dgn minah gedik ni..popular pun sbb kisah cinta die je..nyanyi dah la bingit aku mendengarnye…

  4. diam je says:

    loya… antar sekolah balik.. baru dia tahu halal haram………. sentuh tangan halal kot bagi dia

  5. sara says:

    HARAM tetap HARAM….jgn sesekali menghalalkan yg terang2 dh haram…dosa tetap dosa…

Loading...