ND Lala dan Shila Amzah hari ini melahirkan rasa kekecewaan yang amat sangat apabila konsert sulung penyanyi tersebut difitnah mendapat tajaan syarikat judi. Di sidang media sebentar tadi, ND Lala telah menafikan sekeras-kerasnya wujudnya tajaan sebegitu. Malah apabila fitnah tersebut timbul, ND Lala telah mengarahkan pihak penganjur mengambil semula gambar bunting untuk melihat sendiri penaja-penaja konsert anaknya itu.
ND Lala juga telah memaklumkan yang dirinya sebagai seorang orang Islam tidak sekali-kali akan menerima tajaan daripada syarikat sebegini. Fitnah ini baginya telah menjatuhkan maruah dirinya dan keluarga. Malah Shila Amzah turut memaklumkan yang ibunya menangis mendengar dakwaan ini. Kata Shila:-
The reason why saya pulang ke Malaysia padahal memang saya ada kerja di China for this PC adalah saya sangat tersinggung dengan tulisan yang media katakan khususnya suratkhabar K**** yang mendakwa konsert saya ditaja syarikat judi.
Ini benar mencabar reputasi saya sebagai seorang muslim, sebagai seorang yang berhijab. dan kepada ayah saya yang begitu mendukung budaya dan agama. Tiba-tiba kononnya saya buat benda yang dalam pengetahuan dia dan benda itu salah.
Saya amat terkilan apabila benda ini berlaku. If you can’t write something nice, don’t write anything about me. Saya tidak boleh terima perkara ini. To watch my mom cry because of this, itu adalah perkara yang paling sukar untuk Sha tengok.
Sebenarnya ada lagi kata-kata yang lebih panjang dituturkan oleh Shila Amzah dan ND Lala ketika sidang media ini. Namun Abang Nara mengambil yang benar-benar penting untuk tatapan anda. Yang pasti, tiada tajaan syarikat judi dan dakwaan tersebut hanyalah fitnah semata-mata. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati dan tidak lagi mempersoalkan kontoversi yang telah melanda penyanyi hebat ini.
Apa pun, Abang Nara respek dan hormati usaha pihak ND Lala dan Shila Amzah yang sanggup balik ke Malaysia walaupun mempunyai jadual yang sibuk di China. Semoga dengan usaha ini, hubungan Shila Amzah dan para media kembali jernih. Shila sudah pun memohon maaf, jadi di kesempatan ini Abang Nara juga ingin memohon maaf atas kesilapan tulisan. Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua.
UPDATE: Mengenai jemputan kepada pihak media Melayu, ND Lala memaklumkan yang mereka hanya tiba di Malaysia 3 hari sebelum konsert. Jadi segala hal jemput menjemput diserahkan kepada penganjur. Menurut ND Lala, dia telah menerima salinan email yang menunjukkan bahawa pihak penganjur telah menjemput kumpulan Utusan dan Berita Harian.