Wow. Agak menarik membaca tulisan Murai Batu menerusi portal Murai pagi ini. Terus celik biji mata Abang Nara yang kuyu akibat tidak cukup tidur. Mana tidaknya, Shila Amzah didakwa pernah bercinta dengan Awi Rafael sebelum cinta tersebut berpindah kepada Sharnaaz Ahmad. Menarik kan?
Patutlah semasa program Mania dulu, pernah dengar desas desus Sharnaaz Ahmad mengamuk kepada Awi Rafael. Adakah Sharnaaz cemburu kerana takut hubungan cinta antara Shila dan Awi berputik kembali? Fuh ~~ Abang Nara pun terkejut mendengar kisah ini. Memang ramai orang tak tahu rahsia ini.
Sekarang ini, Shila dan Awi kedua-duanya sudah single kembali. Kedua-duanya sudah putus cinta. Adakah cinta lama akan bertaut kembali? Apa salahnya kan? Kedua-duanya pun penyanyi yang berbakat. Kalau ada jodoh, mungkin satu hari akan bercinta kembali. Apa kata anda?