Shila Amzah Nafi Jadi ‘Perampas’ – ” Kalau Diorang Together, Sha Tak Akan Kawan Dengan Ubai..”

Hiburan

Shila Amzah Nafi Jadi ‘Perampas’ – ” Kalau Diorang Together, Sha Tak Akan Kawan Dengan Ubai..”

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalin hubungan istimewa bersama seorang pensohor media sosial yang dikenali sebagai Ubai.

Perkara tersebut turut disahkan pensohor berkenaan dan memaklumkan bahawa mereka akan membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya.

Advertisement

Namun begitu, muncul desas desus apabila Shila dikatakan menjadi ‘perampas’ apabila Ubai dilihat pernah ‘mesra’ dan kerap bergandingan dengan seorang penyanyi wanita sebelum ini.

Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian Ubai dan dia tampil menjelaskan bahawa keakraban ketika bersama penyanyi itu hanyalah atas dasar urusan kerja, dan tidak lebih daripada itu.

Itu adalah urusan kerja, dan dah selesai. Cuma nak tinggal release beberapa urusan kerja. Itu antara saya dan individu tersebut.

Sementara itu, Shila juga turut memberi respon bahawa jika benar Ubai mempunyai hubungan mesra dengan penyanyi itu seperti yang didakwa netizen, dia tidak akan menjadi ‘perampas’ dan menganggu Ubai.

Kalau diorang together, Sha pun tak ada nak kawan dengan Ubai. Saya tak akan mulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain.

Ubai juga memberitahu bahawa hubungannya dengan individu itu tidak mempunyai sebarang masalah dan masih berkawan sehingga kini.

Sophia Aliff Ku akad kau dengan bismillah
1 year ago

(VIDEO) "Ada Babak Atas Katil, Mau Tak Bengang Bella Tu? - Drama Aliff Aziz Dan Sophia Albarakbah Jadi Tumpuan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...