Shila Amzah Nafi Halau Keluarga, Dedah Sebab Sebenar Jual Rumah – “Saya Nak Beli Kediaman Yang Lebih Baik, Saya Pikul Tanggungjawab”

Hiburan

Shila Amzah Nafi Halau Keluarga, Dedah Sebab Sebenar Jual Rumah – “Saya Nak Beli Kediaman Yang Lebih Baik, Saya Pikul Tanggungjawab”

Gara-gara adik penyanyi terkenal Shila Amzah, Syada Amzah memuat naik satu hantaran IG Story yang mendakwa keluarganya telah dihalau dari rumah seperti haiwan liar, Shila tampil menjawab dakwaan tersebut.

Kata Shila, dia tidak mempunyai niat untuk menghalau keluarga sebaliknya dia ingin menjual rumah banglo tersebut kerana ingin membeli rumah baru yang lebih baik untuk diduduki oleh ahli keluarganya yang berjumlah 5 orang setakat ini.

Advertisement

Ujarnya lagi, dia kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mengakui kediaman mereka kini penuh dengan kenangan tidak baik dan bersifat toksik.

Rumah yang keluarga saya duduk itu nama saya, jangan risau, tak ada siapa-siapa halau keluarga. Saya pikul tanggungjawab jadi ketua keluarga. Saya nak jual rumah itu supaya saya boleh beli rumah yang lebih baik untuk mereka.

Rumah itu penuh dengan elemen kehidupan lalu yang tak elok, dengan kisah silam mungkin kita tak nak ingat. Bila ibu bapa bercerai, rumah itu ada kenangan yang tak best.

Tambah Shila, buat sementara waktu, dia akan mencari rumah sewa untuk keluarganya menetap.

Jelas isteri kepada pensohor media sosial Ubai MZ itu lagi, tiada apa yang perlu dibincangkan kerana ia adalah kuasa veto di mana segala keputusan untuk menjual rumah adalah terletak di tangannya secara penuh.

Orang kat luar sana mungkin ingat saya anak yang jahat dan tak bertanggungjawab. Pada saya daripada biarkan rumah tu teruk tak dijaga, lebih baik jual, Tapi masing-masing anggap saya sebagai seorang yang teruk.

Terdahulu, kecoh seketika apabila Syada ada mempersoalkan mengapa rumahnya yang diduduki pada ketika ini hendak dijual.

Shila kemudian tampil memberikan teguran kepada adiknya itu untuk tidak bercerita mengenai hal rumah tangga dan keluarga di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shila amzah
1 year ago

Dedah Dihalau Keluar Dari Rumah, Shila Amzah Tegur Syada - "Biar Ia Antara Keluarga, Tak Perlu Nak Heboh"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...