Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Shila Amzah Masih Belum Temui Pengganti

Erm…ni kira berita baiklah untuk para lelaki diluar sana tu. Shila Hamzah masih belum berpunya buat masa ini.Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila Amzah menurut Berita Harian, walaupun baru-baru ini dia dikaitankan pelakon Juvana, Johan As’asri, baru-baru ini.

Advertisement

Peminat mula mempersoalkannya sedangkan kami memang tiada hubungan istimewa”

Menurut Shila, hatinya masih tertutup dan tidak mahu memikirkan tentang mencari kekasih baru, sebaliknya menyerahkan segala-segalanya kepada jodoh. Bila tiba masanya, Shila akan terus berkahwin dan tidak ingin menghabiskan masanya dengan bercinta lagi.

Saya serahkan jodoh kepada Allah dan siapa pun jodoh saya, bila tiba masa, saya akan tetap berkahwin. Ketika ini, saya memang tidak berminat mempunyai teman lelaki. Jika jodoh saya sudah sampai dan orang itu pula masuk meminang, saya terima. Bagaimanapun, biarlah kita kenal siapa diri dan keluarganya. Ia sudah memadai.

Buat masa ini, Shila akan memberi tumpuan yang lebih kepada kariernya, katanya yang berada selama seminggu di Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran muzik video single terbaru, Masih Aku Cinta.

Advertisement

Macam tulah, sementara masa muda nie, elok kita tumpukan kepada kerjaya.Kembangkan karier selagi boleh. Insyallah, masanya akan tiba juga. Mawar Putih percaya masih ramai lelaki yang budiman dan baik hati diluar sana tu kan?
P.S: Memang menarik, colourful dan berkualiti koleksi-koleksi pakaian muslimah daripada Aafiya Collection ini. Harganya pun berpatutan dan mampu milik. Sesuai pulak tu untuk semua golongan wanita. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi, jom kita layari www.aafiyacollection.blogspot.com. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top