Suami kepada penyanyi terkenal Shila Amzah iaitu Ubai mengakui kecewa dengan tindakan penyanyi lagenda iaitu Datuk Amy Search yang didakwa telah menyerang isterinya ketika sesi ‘sound check’ di Konsert Ulang Tahun Ke-20 Mr. DIY baru-baru ini.
Menurut sumber, Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, tindakan menyerang isterinya dihadapan orang ramai merupakan satu perbuatan yang tidak profesional.
Saya terkejut sebab seseorang yang kita hormati dan di
kenali ramai buat perkara itu terhadap isteri, saya anggap perbuatan itu sangat-sangat tidak profesional sebab dihadapan orang ramai dan pada waktu bekerja.
Sebagai seorang yang profesional dan boleh berfikir secara waras, boleh tarik ke tepi serta berbincang. Kita perlu ada rasa hormat dan adab terhadap sesama manusia, bukan sahaja muda kepada yang tua malah yang tua juga perlu menghormati yang muda. Saya kecewa dengan perkara ini sebenarnya.
Mengulas lanjut, Ubai turut menyatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersua muka dengan penyanyi itu sekiranya perjumpaan itu dapat menyelesaikan masalah di antara mereka.
Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan pihak sana (Amy Search) jika perjumpaan tersebut dapat menyelesaikan perkara yang berlaku di antara mereka.
Dalam pada itu, Ubai tidak menolak untuk memasang pengawal peribadi untuk isterinya sekiranya perlu namun perkara itu akan dipertimbangkan mengikut keadaan.
Terdahulu, Shila mengesahkan individu yang menyerangnya ialah Amy Search dan dia telah membuat laporan polis.
Siasatan lanjut mendapati insiden itu berpunca daripada rasa tidak puas hati yang masih dikenal pasti puncanya.