Shila Amzah Dikaitkan Pula Dengan Adam Tun Tuah

Hiburan

Shila Amzah Dikaitkan Pula Dengan Adam Tun Tuah

Selaku seorang penyanyi yang masih single, cantik dan muda, pastinya kisah percintaan Shila Amzah menjadi perhatian dan ikutan ramai. Beberapa bulan sebelum ini Abang Nara perhatikan memang tiada gosip-gosip cinta yang timbul kerana Shila begitu fokus dengan kerjayanya. Namun beberapa hari kebelakangan, tup-tup muncul nama Adam Tun Tuah yang dikatakan sedang rapat dengan Shila Amzah.

adam tun tuah shila amzah

Advertisement

Sekali pandang, memang kacak juga Adam Tun Tuah ini. Bila berada di sisi Shila, nampak sepadan. Untuk makluman, Adam merupakan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013. Perkaitan ini ditimbulkan apabil Shila Amzah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu.

adam tun tuah shila amzah

Namun menerusi satu gambar di akaun Instagramnya baru-baru ini, Shila telah berkongsi sekeping gambar dengan aksi mencekik yang comel dengan caption “Jangan mengada buat gossip and fitnah..cekik nak?pfffts”, .Tidak diketahui pulak sama ada ia ditujukan kepada gosip dirinya dan Adam Tun Tuah. Namun biasalah gosip sebegini kerana status Shila yang masih single mingle.

shila

Kalau betul sedang berkawan, apa salahnya kan? Kalau tak betul pun, gosip seumpama ini hanya membawa makna para peminat ingin melihat Shila Amzah menemui kebahagiaan di samping seorang kekasih. Apa pun, doakanlah yang terbaik buat Shila. Biasalah gosip-gosip nakal sebegini adalah lumrah kehidupan seorang selebriti. Tak gitu?

P.S: Lelaki panah anjing dikecam teruk, anjing itu sudah mati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...