Shila Amzah Berhenti Gunakan Twitter, Peminat Sangat Kecewa

Hiburan

Shila Amzah Berhenti Gunakan Twitter, Peminat Sangat Kecewa

Agak terkejut apabila Abang Nara mendapat tahu Shila Amzah telah berhenti menggunakan Twitternya. Sebelum ini, Shila merupakan salah seorang selebriti yang sering membalas tweet daripada peminat-peminatnya. Kalau tak silap, pengikut Shila Amzah sudah pun mencecah 300 ribu. Itu satu angka yang sangat besar sebenarnya.

shila amzah berhenti twitter

Advertisement

Ada teori menyatakan Shila Amzah berhenti menggunakan Twitter ini kerana penghijrahannya. Namun teori tersebut masih belum disahkan. Apa pun ramai pengikut Shila Amzah yang sangat kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Kebanyakan mereka telah menggunakan hastag #ComeBackShilaAmzah untuk memujuk penyanyi kesayangan mereka kembali ke Twitter.

shila amzah berhenti twitter
Apa pun sama-samalah kita nantikan penerangan daripada Shila Amzah. Mungkin Shila hanya berhenti sementara untuk memberi tumpuan menyambut Aidilfitri. Pastinya Shila ada sebab yang tersendiri untuk perbuatannya ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

41 Comments

  1. Gaban Meraban

    August 23, 2012 at 4:22 pm

    bagus la dia stop main benda alah tu.. asik dok mencanang dosa dia ngn ‘laki’ dia tu je.. getik~!!! kalau di buatnya masing2 berjodoh ngn orang lain, x kecik ati ke nampak benda2 tu…? (memang akan jadi kisah silam, tapi x mustahil akan layanan akan dibanding2kan ;P)

    lagi satu aku menyampah gak tgk dia post gambar mulut2 itek dia tu.. bajet kiyut la tu kononnya..?? dulu zaman x glemer, xde plak dia amik gmbar cenggitu.. eloknya senyum sopan.. ni makin besar bontot, makin mengitek bibirnya.. haktuihhh~!!!
    (pergh.. laju betul aku mengutuk ye..? maklumlah dh lepas bulan puasa.. kahkahkah.. sape sakit ati baca komen aku, g la mam~!! ada aku kisah?? puiii~!!)

    • Biarlah

      August 25, 2012 at 8:51 am

      Banyak je pun shila post gambar lain, yang kureng juga korang nampak kan ;) Kalau I, I taksuka tengok orang tu dan menyampah, I unfollow je dia tak banyak cakap. Tapi itulah, lain orang lain cara kan.

  2. shilamambo

    August 23, 2012 at 3:42 pm

    korang ni, TWITTER kot..
    ko macam x tau plak function twitter ni..
    bile retis yg re-tweet ko dah x leh tdo malam..
    ape pekdah pon x tau..
    ni konon2 nak hotttt macam retiss la..
    padahal die re-tweet takat hi, hehe, tq, ok, =) pon da gembira sangat..
    ape ntah yg nak dibangga2kannya………
    membe aku dato ct re-tweet die terus x leh tdo..
    mcm tu ea penangannya……..

    • biasa

      August 24, 2012 at 7:10 am

      penangan artis sampai tak boleh tido,
      artis manusia biasa
      kenapa rasa begitu

  3. biarlah

    August 23, 2012 at 2:18 pm

    Takpayah nak kecoh. Korang suka lah kan. Kan selalu bahan kan dia. Yang hairan, tak suka tapi still nak follow dia. Lepastu bagi advice kaw-kaw macam perfect. Pada aku, kalau dah apa dia buat semua nampak silap, unfollow lah dia. Ni sibuk2 follow, lepastu kutuk. I taklah minat gila dia. Tapi she’s talented. Dia selalu guna twitter utk war-warkan aktiviti seni dia, kira macam publisiti lah. Banyak je lagi artis lain lagi teruk dari dia, tapi korang tutup mata je kan kan.

    • fifisuke

      August 23, 2012 at 2:32 pm

      aku sokong ko gegilak. stakat follow sbb nak bahan org, baek x payahlah..

  4. boni kacak

    August 23, 2012 at 1:39 pm

    300k?? ramai giler…

  5. siamang blink blink

    August 23, 2012 at 1:14 pm

    tak payah nk kecewa sgt la..dah dia x nk guna pujuk2 buat apa???

Loading...