March 4th, 2013

Nampaknya tahun 2013 adalah tahun buat Shila Amzah mengembangkan kariernya di peringkat antarabangsa. Untuk makluman, Shila telah pun menandatangani kontrak bersama Shanghai Media Group (SMG) selama 6 tahun dan bakal membuat persembahan bersama artis SMG di Lincoln Center, New York.

shila amzah

Malah Shila Amzah juga akan menetap di Shanghai selama 6 bulan bersama ibunya untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Mandarin selain daripada merakamkan album Mandarin dan membuat persembahan untuk khalayak China. Ini satu perkembangan yang sangat membanggakan. Kata ND Lala, ayah Shila Amzah kepada Mstar Online:-

Tumpuan diberikan untuknya mempersiapkan diri bergelar superstar. Kita buat yang terbaik, Saya percaya dengan semangat dan jati diri yang ada dalam dirinya, dia boleh berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia ke persada muzik dunia. Saya percaya, selepas setahun nanti tidak mustahil Shila akan menjadi artis yang namanya melebihi artis hebat seperti Tata Young. Malah saya difahamkan orang-orang di negara China sangat mengangumi cara dan gaya Shila membawakan lagu-lagu Mandarin. Dia seorang yang sangat unik dan luar biasa

shila

Nampaknya ada hikmah terputusnya hubungan cinta Shila dengan Sharnaaz. Dapatlah Shila menumpukan dan memberi fokus 100% kepada karier nyanyiannya. Semoga tahun 2013 akan dimurahkan lagi rezeki buat Shila dan lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Good luck and all the best.


Comments are closed.

Loading...