Written by AbangNara | January 7th, 2014

Dunia Internet memang macam-macam ragam. Kalau dulu hendak mengikuti perkembangan artis kena beli majalah Mangga, Media Hiburan dan URTV, sekarang ini dengan kewujudan Instagram dan Twitter, kesemuanya berada di hujung jari. Agak menyedihkan perkara yang terjadi kepada Shila Amzah ini. Gambar berbaju pengantin yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya digunakan untuk membuat berita palsu kononnya dia sudah berkahwin.

shila amzah dah kahwin

Berita palsu ini disebarkan menerusi Facebook Page Shila Amzah yang palsu. Daripada “screenshot” di atas, lebih kurang 230,000 ribu LIKE telah diterima untuk laman ini. Satu angka yang cukup besar. Menggunakan gambar Shila berbaju pengantin, pengendali laman ini menulis caption “Married! Hahaha” yang telah menimbulkan persoalan di kalangan peminatnya.

shila amzah dah kahwin

Untuk makluman anda, Shila Amzah memakai baju pengantin bersempena persembahan tahun baru 2014 yang menggunakan tema perkahwinan. Gambar-gambar dirinya memakai pakaian tersebut telah pun dikongsikan di akaun Instagramnya. Bengang dengan tindakan si pemilik laman Facebook palsu ini, Shila Amzah bertekad untuk mencari pemiliknya sehingga jumpa.

This is wayyyyyyy tooo much!i am not married!!! And Sha tak create controversy apa pun…Fake acc kat fb ni sgt melampau!!!!!!!!!!!!!!!!boleh stop tak?dah la ramai yang like page penipu ni…sha akan cari owner account ni sampai dapat.. PLS SEBARKAN.

Buat peminat Shila Amzah, pastikan anda mengikuti akaun Instagram dan Twitter Shila Amzah yang betul. Rasaya sietakat ini Shila Amzah tiada akaun Facebook yang rasmi. Jangan terikut yang palsu pulak. Takut informasi salah. Apa pun, Abang Nara kongsikan beberapa lagi gambar Shila Amzah dalam baju pengantin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


shila amzah dah kahwin
shila amzah dah kahwin
shila amzah dah kahwin
shila amzah dah kahwin
shila amzah dah kahwin

50 responses to Shila Amzah Akan Cari Dalang Penyebar Berita Palsu Perkahwinannya

  1. mamalara says:

    Alaahh… bio le Shila ni nak meroyan ke, sentap ke… dia nak cari dalang fake fb tu betulla (pada dia) Kalau org tul2 caye dia dah kawen camne??? ha…..
    Nanti x de la teruna nak ngorat dia, so bile mase dia nak bercinta…ni dah terdesak ni…

  2. Anonymous says:

    lantak ko shila…..perasan lawa..tapi tak matang…mcm le hebat sangat….udah-udah le tu .takde heran ko tu kawin ke tak kawin…….ade aku kisah.

  3. boooooooooooooooo says:

    lantak ko shila…..perasan lawa..tapi tak matang…mcm le hebat sangat….udah-udah le tu .takde heran ko tu kawin ke tak kawin…….ade aku kisah.

  4. Peace says:

    Wah! Ada org tuduh i dah kawin! Baik i buat2 gempak sikit gossip ni, sebab i dah xde gossip lain. Nanti mesti org lain lupekan gossip2 i yg dulu.

  5. Bayu says:

    Bagi saya Shila berhak buat kenyataan yang a/c FB itu fake dan dia juga belum berkahwin. Sesiapa juga berhak membetulkan kenyataan palsu ataupun kenyataan berunsur fitnah termasuk Shila. Saya rasa orang yang membuat a/c palsu sebegini layak di lapor pada polis kerana dah ramai artis artis teraniaya dan peminat setia mereka terpedaya dengan berita palsu pereka akaun palsu tersebut. Bahkan ramai juga orang biasa yang terkena dan bila dilapor memang sabit kesalahan..so saya sokong Shila, semoga dapat menemui tukang aniaya tersebut…ttg baju pengantin itu saya mmg tau kerana subscriber instagram ibu shila dan juga saya dah tengok youtube persembahan tahun baru Shila di Shanghai. Semoga Shila sukses lagi di dalam careernya dan mengembangkan lagi nama negara di China.

  6. […] Shila Amzah Akan Cari Dalang Penyebar Berita Palsu Perkahwinannya (46) […]

  7. […] Shila Amzah Akan Cari Dalang Penyebar Berita Palsu Perkahwinannya (47) […]

  8. […] Shila Amzah Akan Cari Dalang Penyebar Berita Palsu Perkahwinannya (48) […]

  9. hye.. hye bakal2 pengantin yang nak custom made baju / veil.. boleh tgk blog saya http://gobokchermin.blogspot.com/