November 18th, 2020

Penyanyi Shiha Zikir dilaporkan bakal membawa lagu 7 Nasihat nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SAMM35) pada Sabtu ini.

Shiha yang ditemui media berkata, perasaannya bercampur baur antara percaya dan tidak percaya kerana dipilih untuk menyampaikan lagu hasil ciptaan Luca Sickta itu.

Menurut penyanyi lagu AEWO ini, dia ditawarkan untuk menjadi penyanyi bagi lagu ini beberapa hari selepas ianya diumumkan layak ke pusingan itu. Tambah Shiha, kata putus itu merupakan hasil perbincangan sepakat antara pihak komposer, Universal Music Malaysia dan juga pihak Datuk Siti Nurhaliza sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

“Perasaan saya waktu itu bercampur baur. Pada masa sama, saya terkejut juga kerana diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh nama besar.”

Ketika ditanyakan mengenai jangakaan peminat, Shiha berkata dia tidak akan pernah setanding dengan kemampuan TokTi apabila menyampaikan lagu itu nanti.

View this post on Instagram

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Namun, dia menjelaskan akan mencuba sehabis baik dan akan membawakan lagu tersebut dengan caranya yang tersendiri. Meskipun begitu, dia tidak akan mengubah gaya dan tempo lagu 7 Nasihat itu secara berlebihan kerana baginya, lagu itu sudah cukup sempurna.

Difahamkan, Shiha bakal tampil dengan komposer lagu itu sendiri iaitu Luca Sickta serta Kmy Kmo pada malam SAMM35 itu nanti.

Sumber : Harian Metro


One response to “Shiha Zikir Ganti Datuk Siti Nurhaliza, Nyanyi Lagu 7 Nasihat Untuk Berentap Dalam Pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 35”

  1. tecit says:

    hmm. i would like to hear how zizi kirana bwk lagu ni.. dgn sore serak2 basah die tuuu. ammahh. shiha not sure. but maybe ok. cume sbb minat zizi haha.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...