Shiha Zikir Buka Mulut Isu Klip Video Muzik Terbaru Ada Unsur Illuminati, -“Jangan Nilai Sesuatu Melalui Luaran, Saya Pun Tahu Baik Buruk!”

Hiburan

Shiha Zikir Buka Mulut Isu Klip Video Muzik Terbaru Ada Unsur Illuminati, -“Jangan Nilai Sesuatu Melalui Luaran, Saya Pun Tahu Baik Buruk!”

Jika sebelum ini penyanyi Shiha Zikir dilaporkan telah dikritik kerana menunjukkan ‘teaser’ video muzik lagu terbarunya bertajuk AEWO yang dikatakan mempunyai unsur illuminati oleh segelintir netizen.

Shiha juga dilihat hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen mengenai dakwaan netizen tersebut. Namun, kini dia telah tampil untuk memberi penjelasan tentang maksud sebenar yang ingin disampaikan dalam klip video tersebut.

Advertisement

Menurut penyanyi berbakat ini, dia menolak sekerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan video muzik lagu tersebut mengandungi unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam atau lebih tepat lagi, mempunyai unsur Illuminati.

“Ada pihak yang mendakwa imej saya dan penggunaan props dalam muzik lagu ini menyerupai illuminati, kalau benar ia kelihatan sama, saya yakin itu hanya kebetulan. Solekan saya dalam muzik video itu hanyalah sekadar untuk membawa watak ahli sihir, sama juga kalau kita saksikan seorang pelakon yang membawa watak ahli sihir dalam filem seram,”

Dia turut menjelaskan mengenai penggunaan lampu berbentuk segi tiga dan props yang melambangkan huruf A yang sebenarnya hanyalah merujuk kepada huruf pertama dalam ejaan tajuk lagu terbaru itu iaitu AEWO.

View this post on Instagram

People are to quick to pass judgement.Bagi sis picit pale jap.? . Coming Soon #AEWO #SZxNOKI 05.08.20 ?

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on

View this post on Instagram

coming soon #revolution #AEWO #SZxNoki #TodakMusic

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on

 Shiha turut menasihatkan  para peminat di luar sana supaya tidak memandang sesuatu dari sudut negatif semata-mata kerana mesej yang ingin dibawakan dalam lagu tersebut itu adalah untuk mengingatkan masyarakat agar menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

Menurut Shiha, watak ahli sihir yang dibawanya dalam muzik video tersebut adalah sekadar lakonan yang berlandaskan realiti di dunia sebenar dan pengalaman dirinya sendiri.

“Sebab itulah kita jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran, jangan fikir pada sudut negatif sahaja, saya pun tahu baik buruk, takkanlah saya mahu kelihatan seperti pengalam Iluminati, jauh sekali untuk menyertainya,” – Shiha Zikir

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...