Jika sebelum ini penyanyi Shiha Zikir dilaporkan telah dikritik kerana menunjukkan ‘teaser’ video muzik lagu terbarunya bertajuk AEWO yang dikatakan mempunyai unsur illuminati oleh segelintir netizen.
Shiha juga dilihat hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen mengenai dakwaan netizen tersebut. Namun, kini dia telah tampil untuk memberi penjelasan tentang maksud sebenar yang ingin disampaikan dalam klip video tersebut.
Menurut penyanyi berbakat ini, dia menolak sekerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan video muzik lagu tersebut mengandungi unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam atau lebih tepat lagi, mempunyai unsur Illuminati.
“Ada pihak yang mendakwa imej saya dan penggunaan props dalam muzik lagu ini menyerupai illuminati, kalau benar ia kelihatan sama, saya yakin itu hanya kebetulan. Solekan saya dalam muzik video itu hanyalah sekadar untuk membawa watak ahli sihir, sama juga kalau kita saksikan seorang pelakon yang membawa watak ahli sihir dalam filem seram,”
Dia turut menjelaskan mengenai penggunaan lampu berbentuk segi tiga dan props yang melambangkan huruf A yang sebenarnya hanyalah merujuk kepada huruf pertama dalam ejaan tajuk lagu terbaru itu iaitu AEWO.
View this post on Instagram
Shiha turut menasihatkan para peminat di luar sana supaya tidak memandang sesuatu dari sudut negatif semata-mata kerana mesej yang ingin dibawakan dalam lagu tersebut itu adalah untuk mengingatkan masyarakat agar menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.
Menurut Shiha, watak ahli sihir yang dibawanya dalam muzik video tersebut adalah sekadar lakonan yang berlandaskan realiti di dunia sebenar dan pengalaman dirinya sendiri.
“Sebab itulah kita jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran, jangan fikir pada sudut negatif sahaja, saya pun tahu baik buruk, takkanlah saya mahu kelihatan seperti pengalam Iluminati, jauh sekali untuk menyertainya,” – Shiha Zikir
Sumber : Astro Gempak