Setelah mendapat kritikan yang amat hebat daripada peminat Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), pengacara rancangan tersebut Iqbal Pilih Kasih dan Shiha Mentor mengambil keputusan untuk menarik diri daripada terus mengacarakannya. Dengar ceritanya, Iqram Dinzly akan mengambil alih tugas mereka berdua untuk JJCM musim baru yang akan bermula 1 Julai ini.
Shiha memaklumkan yang dia menarik diri bukannya kerana kritikan yang diterima daripada penonton. Sebaliknya memang daripada mula dulu lagi dia menandatangani kontrak selama 13 episod untuk mengacarakan JJCM. Manakalah Iqbal pula memberikan alasan yang berat badannya naik mendadak sejak menjadi pengacara JJCM. Senang cerita, Shiha dan Iqbal menafikan diri mereka disingkirkan daripada JJCM kerana ramai yang kecewa dengan mutu pengacaraan mereka berdua.
Diharap dengan penarikan diri Shiha dan Iqbal, pihak penerbit JJCM akan dapat mengembalikan zaman kegemilangan rancangan ini. Secara jujur, Abang Nara hilang mood 100% untuk menonton JJCM selepas Qi tiada. Kalau benar Iqram Dinzly akan menjadi pengacara baru JJCM, diharap Iqram dapat membawa kelainan. Paling penting, masa makan kenalah nampak berselera. Tak gitu? Kredit info Mstar Online.
dania
June 26, 2012 at 5:07 pm
aku sarankan kite tukar pgcre jjcm kepade sabri yunus n norlia ghani
baru la meletop beb!!!!!!
kebabommmmmMMMM!!!!!!!!!!!!!!!
fffffffeeeeeeeeeewwwwwittttttt!!!!!!!!!!
(*v<)V
Dark Angel
June 22, 2012 at 3:36 pm
Abg Nara…Untuk pengetahuan selepas Serena Ridzwan saya tak berminat langsung nak tgk JJCM…Qi pun tak ada la best mana….tp Serena mmg TERBAEKKK la…..kalo boleh amek la dia skali lagi…..
chupan
June 22, 2012 at 12:33 am
alhamdulillah..rasa nak buat doa selamat baca berita ni..tolongla tv3 kami xperlukan org yg cover2 cun bila makan dan meng’fake’kan muka mereka konon sedap..aku dulu selalu tengok jjcm..sejak dorg dua ni xpenah tgk lgsg..qi ok..cuma trlalu common sgt komen beliau..ayat2 dia mesti ‘cukup rasa’,’mmg sedap’,’terbaik’, sampai da bole hafal..cuba bagi org yg pakar sket dlm makanan..kritik sikit2 pon apa salahnya..xkan setiap kedai perfect semuanya kan..kalo ganti iqram dinzly lagi la meluat aku nak tgk..aku setuju kalo azrifaiz pengacara makan angin tuh jadi pengganti..sempoii..