Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sherry Ibrahim Tidak Mahu Dedah Kisah Peribadi Kerana Takut Percintaan Tergugat Dengan Gosip

Bagi mereka yang bergelar artis, pasti tidak boleh lari daripada sebarang gosip ataupun kritikan lebih-lebih lagi jika mereka antara pasangan bercinta yang mendapat tumpuan ramai.

Advertisement

Kadang-kala masalah didalam rumah tangga yang dibina juga boleh berpunca daripada segala khabar angin yang tidak benar dan ia seakan memberi tekanan dalam sesebuah hubungan itu.

Menurut Miss J di Utusan Online, Sherry Ibrahim tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah cintanya bersama Fattah Amin kerana terkenangkan semua masalah yang bermula hanya dengan satu gosip sahaja.

Malah, sejak gosip beliau didakwa cemburu dengan Ruhainies yang dikatakan akan bercuti dengan Fattah, Sherry seakan sudah serik untuk mendedahkan kisah peribadinya. Sherry seboleh-bolehnya mengelak untuk daripada terus bercerita tentang perancangan hubungannya dengan Fattah kepada media .

Advertisement

Sherry dan Fattah tidak kami nafikan pasangan selebriti yang menjadi favourite ramai juga.  Mereka sering tertanya  perkembangan percintaan Sherry dan Fattah serta adakah mereka akan ke jinjang pelamin..

Tidak mengapalah, biarlah Sherry Ibrahim tidak terlalu bercerita mengenai percintaan beliau, nanti ada juga mereka yang komen sudah bosan dengan cerita mereka pulak kan? Apa-apapun, kami mendoakan agar hubungan mempunyai pengakhiran yang baik dan ada jodoh bersama.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top