Bagi mereka yang bergelar artis, pasti tidak boleh lari daripada sebarang gosip ataupun kritikan lebih-lebih lagi jika mereka antara pasangan bercinta yang mendapat tumpuan ramai.
Kadang-kala masalah didalam rumah tangga yang dibina juga boleh berpunca daripada segala khabar angin yang tidak benar dan ia seakan memberi tekanan dalam sesebuah hubungan itu.
Menurut Miss J di Utusan Online, Sherry Ibrahim tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah cintanya bersama Fattah Amin kerana terkenangkan semua masalah yang bermula hanya dengan satu gosip sahaja.
Malah, sejak gosip beliau didakwa cemburu dengan Ruhainies yang dikatakan akan bercuti dengan Fattah, Sherry seakan sudah serik untuk mendedahkan kisah peribadinya. Sherry seboleh-bolehnya mengelak untuk daripada terus bercerita tentang perancangan hubungannya dengan Fattah kepada media .
Sherry dan Fattah tidak kami nafikan pasangan selebriti yang menjadi favourite ramai juga. Mereka sering tertanya perkembangan percintaan Sherry dan Fattah serta adakah mereka akan ke jinjang pelamin..
Tidak mengapalah, biarlah Sherry Ibrahim tidak terlalu bercerita mengenai percintaan beliau, nanti ada juga mereka yang komen sudah bosan dengan cerita mereka pulak kan? Apa-apapun, kami mendoakan agar hubungan mempunyai pengakhiran yang baik dan ada jodoh bersama.