Gara-gara berang dan didakwa terus melenting selepas dikaitkan dengan bekas kekasihnya Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini, ada pihak yang mengatakan Sherry Ibrahim masih belum dapat melupakan kisah putus cintanya.
Namun, Sherry menegaskan beliau sudah lama “move on” dan kini sudah bertemu pengganti. Sedang mengenali hati budi masing-masing, Sherry akui beliau merasa sangat bahagia sekarang.
Selagi saya tidak berkongsi mengenai kisah cinta atau perhubungan, orang sentiasa beranggapan saya belum ‘move on’. Sebaliknya, saya sudah lama melupakan apa yang berlaku. Malah, ketika ini saya berasa sangat gembira dengan apa dilalui.
Alhamdulillah, sekarang saya bahagia dengan seseorang. Cuma, apa saya boleh kongsikan perhubungan kami masih dalam fasa perkenalan. Sejujurnya, saya sibuk dengan beberapa komitmen kerja, jadi belum ada sebarang perancangan ke arah lebih serius.
Bagaimanapun, buat masa ini Sherry masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka yang sudah berjaya mencuri hatinya itu.
Semoga Sherry akan terus berbahagia dan siapa tahu kali ini ada jodoh bersama sehingga ke jenjang pelamin.