Sherry Ibrahim Semakin Dikenali Kerana Teduhan Kasih, Episod Akhir Ditonton 4.1 Juta Penonton

Hiburan

Sherry Ibrahim Semakin Dikenali Kerana Teduhan Kasih, Episod Akhir Ditonton 4.1 Juta Penonton

Ketika bekas pengamal perubatan Islam Asyraf Muslim hangat dikatakan akan berkahwin kali kedua dengan seorang wanita, nama Sherry Ibrahim turut diperkatakan kerana ada yang berspekulasi wanita yang dimaksudkan ialah bekas kekasih Asyraf, iaitu Sherry.

Ternyata spekulasi tersebut tidak berasas kerana wanita yang dimaksudkan bernama Wan Sakinah, dan Sherry sendiri menafikan spekulasi tersebut dan mendakwa beliau sudah mempunyai kekasih yang baru melalui sebuah portal hiburan.

Advertisement

Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah populariti Sherry yang semakin meningkat dengan mendadak sejak membintangi drama Teduhan Kasih dengan Adi Putra beserta Nabila Huda dan Zarina Zainuddin walaupun beliau sudah lama berada dalam industri.

Sinar Harian melaporkan,  Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin dalam satu kenyataan memberitahu yang drama Teduhan Kasih yang disiarkan melalui Slot Akasia di TV3 mencipta sejarah tersendiri:-

Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.

Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara

Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.

Pada pendapat anda, apa yang menyebabkan drama ini begitu berjaya? Adakah lakonan Adi Putra sebagai Ehsan, Lakonan Sherry Ibrahim ataupun watak ‘pengacau’ yang dilakonkan oleh Nabila Huda? Atau ada sebab lain? Jom kongksikan pendapat anda bersama kami.


Mini Teater Silat & Pahlawan pada 6 Julai 2013 hingga 7 Julai 2013 pada pukul 8.00 malam. Bertempat di Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Tun H.S Lee. Kuala Lumpur. Antara aktiviti lain yang akan diadakan adalah Pameran Senjata Melayu. Gerai jualan makanan juga akan diadakan. Semua dijemput hadir. MASUK ADALAH PERCUMA.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...