August 10th, 2016

Putus cinta bukanlah satu perkara yang mudah dihadapi dan boleh dilupakan dalam hanya sekelip mata, itulah perasaan Sherry Ibrahim apabila hubungan beliau dan Fattah Amin berakhir baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Sherry memberitahu beliau redha dengan ketentuan takdir dan percaya apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Sedar dirinya menjadi “buruan” wartawan yang penuh persoalan mengenai perpisahannya dengan Fattah. Sherry meminta jasa baik semua orang untuk memberikan beliau ruang untuk menenangkan diri.

Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada semua pihak yang cuba menghubungi untuk mendapatkan penjelasan termasuk melahirkan rasa ambil berat terhadap apa yang terjadi.

Saya faham. Cuma buat masa ini, saya minta jasa baik semua orang untuk berikan masa dan ruang. Apabila saya bersedia nanti, pasti akan ada kenyataan daripada pihak saya.

Hal ini bukan kali pertama saya lalui. Ia bukan mudah. Ia membabitkan perasaan cinta, kasih dan sayang. Apa yang berlaku ada hikmahnya dan Tuhan pasti tahu yang hamba-Nya ini kuat untuk menempuhinya.

Tambah Sherry, beliau sebenarnya tidak kehilangan apa-apapun dan percaya ada perkara lebih baik yang menanti beliau pada masa akan datang. Ia turut mengajar beliau erti ketabahan.

Pada akhirnya saya tak hilang apa apa pun. Siang dan malam saya tak putus berdoa kerana yakin Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya yang kerdil ini. Ya, saya kena terus tabah. terima kasih Allah SWT. Mungkin ada yang lebih baik untuk penghijrahan diri ini.

Buat masa ini janganlah ada pihak yang menghina Sherry yang sering tidak bertuah dalam percintaan. Setiap apa berlaku adalah ketentuan takdir.  InshaAllah satu hari nanti Sherry akan dipertemukan dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...