Baru-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim turut terlibat sama menjalani penggambaran bersama pelakon dan pengacara, Shaza Bae bagi sebuah drama rantaian berjudul Jangan Ganggu Jodohku.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, Sherry bertindak memberi pujian terhadap sikap pelakon muda berusia 25 tahun itu ketika berada di set penggambaran.
Proud of my girl (Shaza Bae) sebab antara artis baru yang penuh dengan disiplin dan sangat menghormati orang sekelilingnya. Keep it up Shaza & stay humble always!
Menurut Sherry, dia menyifatkan Shaza sebagai seorang pendatang baru dalam dunia hiburan yang berdisiplin dan menghormati orang sekeliling.
Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun itu juga berharap semoga Shaza sentiasa mengekalkan sikap positif tersebut.
Sekadar info, drama Jangan Ganggu Jodohku yang dibintangi Sherry Ibrahim dan Shaza Bae sudah mula bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam di slot Megadrama, Astro Ria.
Selain Sherry dan Shaza, drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon lain seperti Yusuf Bahrin, Amerul Affendi, Shah Iskandar, Sabhi Sadhi dan ramai lagi.