Sherry Ibrahim Kongsi Pengalaman Jadi Pramugari, Akui ‘Innocent’ Tak Pernah Jejak Kelab Malam

Hiburan

Sherry Ibrahim Kongsi Pengalaman Jadi  Pramugari, Akui ‘Innocent’ Tak Pernah Jejak Kelab Malam

Pelakon Sherry Ibrahim tampil berkongsi kisah kehidupannya ketika bergelar pramugari suatu ketika dahulu.

Mengaku rindukan fasa bertugas di awan biru, Sherry berkata ketika itu dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu namun tidak pernah bertindak liar.

Advertisement

Saya suka kehidupan saya yang dulu sebagai pramugari. Saya boleh buat apa sahaja yang saya mahukan.

Saya memang innocent. Kalau seminggu di Paris saya akan pergi shopping, balik hotel tidur atau tengok TV. Kadang-kadang makan bersama kru lain sebab kami bawa bekal.

Kongsi Sherry lagi, dia tidak mempunyai pengalaman bercinta seperti orang lain sejak bergelar artis.

Saya tak pernah keluar bercinta atau pegang-pegang tangan daripada dulu, tak pernah rasa benda-benda macam tu sejak jadi artis.

Pelakon yang mula dikenali sejak membintangi drama Teduhan Kasih itu pernah bekerja sebagai pramugari selepas tamat persekolahan.

Nama Sherry menjadi sorotan warga maya setelah dia mengucapkan kata-kata semangat buat bekas teman istimewanya, Fattah Amin usai perceraian aktor itu baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah Liyana tak mahu dilabel janda gatal
2 months ago

Puteri Sarah Liyana Enggan Digelar 'Janda Gatal', Nak Fokus Kebahagiaan Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...